iklan

Saturday, July 18, 2009

Thursday, July 16, 2009

WARKAH TERAKHIR ROSLI DHOBY

Rosli Dhoby nama yang asing bagi sesetengah pihak. Namun dengan pembikinan drama dan dokumentari Warkah Terakhir telah mengembalikan semangat perjuangan bangsa melayu sebelum merdeka ke kacamata masyarakat umum malaysia yang sudah kian melupai perjuangan anak bangsa malaysia.

Sebagai seorang warga Sarawak saya cukup berbangga dengan pembikinan drama sebanyak 8 episod ini. terima kasih kepada KL Motion Picture Co. yang mengembalikan sebuah cerita sejarah yang sepatutnya menjadi tontonan umum setelah pejuang negara semakin dilupakan.
Drama yang ditayangkan di astro citra ini memberi banyak erti dalam perjuangan sebenar kita dalam memerdekakan negara. cerita ini telah diolah dengan baik dengan memaparkan emosi dari semua sudut perjuangan, cinta, dan ketaatan.Walaupun hampir keseluruhan cerita ini menggunakan bahasa melayu sarawak, namun ia tidak menghalang kita dari merasai perjuangan beliau sebagai perwira negara. seperti yang diucapkan oleh watak rosli dalam drama ini "Sigek pengorbanan nok kecik, sigek perubahan nok besar untuk negara sarawak tuk" memberi makna yang cukup mendalam kepada anak anak bangsa malaysia. moga moga kisah Rosli Dhoby menjadi iktibar dalam menjadi warganegara yang berguna.


Bapa Rosli Dhoby yang amat menyayangi anak lelakinya
(Warkah Terakhir)


Pejuang Rukun 13 (warkah terakhir)


Kisah percintaan Rosli Dhoby (warkah terakhir)

Al Fatihah buat allahyarham Rosli Dhoby dan rakan seperjuangannya dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Saturday, July 11, 2009

CAMPUS LIFE?????


University
suatu ruang masa pembelajaran yang berlaku selapas alam persekolahan matrikulasi or anything else yang sewaktu dengannya. sudah menjadi lumrah manusia seluruh dunia ingin menjejakkan kaki ke universiti sebagai seorang graduan namun tidak semua manusia mempunyai nasib yang serupa. Dr aru sendiri ckp yng all living organism are diffrent. then tidak mustahil ada manusia yang terlepas dari CAMPUS LIFE ini.

sejak aku masuk ke dunia campus ini mcm macam telah berlaku, samaada yang pahit atau yang manis. kadang kadang keadaan itu diluar dugaan terjadi. namun yang paling penting its a time for us to spent until graduation.

so get up and study.......GOOD LUCK until GRADUATION

Monday, July 6, 2009

UKM aku datang

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada UKM yg aku cintai dan UKM yang memberikan aku nilai kedewasaan.
ahh, malas aku nak menyusun ayat, aku ni sebenarnya baru sampai kat ukm ni maka boleh lah aku kembali ke dunia maya aku ni. hahaha

walaupun aku masih bersedih dgn kehilangan kamera kesayangan aku, aku akan tabahkan hati agar ini menjadi pengajaran kepada ku by the way aku ni tak tau lagi class aku bila ni, ni semua pasal hutang tertunggak kat dalam akaun ukm aku ni. tak pe tak pe aku akan tetap berjuang untuk grad dlm tahun depan
k chau.