iklan

Tuesday, April 14, 2009

Nyepi - bab1 part 2

Bab 1 part 2 - sekeping nota

malam itu hafiz terbaring keseorangan, cuba memejam mata yang masih tidak mahu lena. kadang kadang terlintas dikepalanya akan kehidupan hariannya.

"bosan" getus hatinya. malam itu, hujan turun lagi. memeng sudang dijangka bulan peralihan angin monsoon ini hujan sering kali turun untuk menambahkan kesejukan malam. orang kata masa hujan ini lah paling mudah untuk dibuai lena namun entah mengapa mata hafiz seakan akan sukar selain utuk terlelap.

rintis hujan seakan satu melodi yang menyegarkan mata hafiz. melodi indah yang dibawa bersama dengan dentuman guruh dan kilat umpama alunan rentak sebuah pancaragam.

jam menunjukan pukul 2.30 pagi. hafiz bingkas bagun lalu terus menyarungkan seluar dan terus keluar dari biliknya. kepalanya terasa berdenyut kerana sudah beberapa hari dia tidak dapat tidur.

"mimpi itu, ya semuanya berasal dari mimpi itu." hatinya masih terus memikirkan mimpi pelik yang selalu dialaminya. tambahan lagi suara suara halus yang seakan menghantuinya menyebabkan dia semakin rungsing. dia mengeluarkan syiling yang selalu dikumpulnya bagi memenuhi tabiatnya yang selalu meneguk minuman berkabonat pada awal pagi. dia duduk di bangku di luar kawasan ruang legar kolejnya bagi menenagkan jiwanya yang kacau. sekali sekala dia meneguk air itu. tiba tiba sekilas suara seakan berbisik kepadanya.

"masanya sudah tiba..."

"masanya sudah tiba... "

"hafiz! kau buat apa pagi buta ni." suara seorang lelaki menegurnya.

"oh abg, baut apa kat sini"

"eh, aku tanya dia dia tanya aku pulak." abg idham masih menuntut jawapan dari aku.

"tgh tenagkan kepala ni bang tension sangat sejak kebelakangan ni."

"hafiz, ini ada something org kirim kat kau."

"sapa yang bagi kat abg."

"entahlah, tadi dia cari kau kat bilik kebetulan abg lalu kat situ abg ckp la yg kau tak balik lagi. lepas itu dia suruh bagi benda ini kat kau." kata abg idham sambil menghulurkan sampul itu kepada aku.

"apa dia kata" tanya abg idham ingin tahu.

hafiz terdiam. matanya terbeliak melihat tulisan itu.

"hafiz kau kenapa ini" abg idham terus menghampiriku dan melihat kertas itu.

"masanya sudah tiba...."

bersambung......

Friday, April 10, 2009

NYEPI - bab 1 part 1

bab 1 hujan

kali ini hujan turun lagi
bagai butiran permata yang turun dari langit
memreri khabar gembira buat hidupan di bumi
tapi kenapa tatkala hujan itu turun
turut membawa kepiluan dihati ku
adakah.......

"hafiz, kau buat apa tu. cepat la masuk" sapaan daniel itu mengejutkan hafiz.
namun hafiz masih lagi membisu ashik dengan lembut gemalai angin yang menerpa hujan.

"wei kau apa cerita" sambung daniel lagi sambil menarik hafis kedalam supaya tak terus
dibasahi hujan. walaupin kaki lima itu agak sempit namun masih mampu melindungi dari titisan air hujan yang turun petang itu.

"wei, kau dengar tak aku" sapa daniel lagi. tidak puas hati soalannya tidak dijawab.

"entahlah daniel aku pun tak tahu" jawab hafiz dengan slumber

"budak ni memang nak kena"

"tak da la dann kau sendiri pun tahu kan aku ni mcm mana, tak kan kau tak tahu lagi.
aku bukan pandai buat cerita."

" la mamat ni kesitu pulak, dah meh duduk kat sana, aku dah bosan berjalan je ni." daniel terus menarik hafiz untuk menemaninya duduk di meja study yang tersusun di ruang legar fakulti itu.
hafiz terus mengambil sebuah buku kecil lalu membacanya. sementara itu daniel terus melayari internet dengan komputer riba yang dibawanya. entah mengapa selalunya dia memang agak sukar membawa benda tu.

"Assalamualaikum, boleh join." afiq muncul juga dengan komputer ribanya. agaknya dia sibuk sebagai president persatuannya.

"aa duduk lah,..... kalau tak malu" jawab dann yang sentiasa mesra dangan semua orang.

" ye la dann, macam tu la kawan..." afiq dengan muka merajuk yang tak jadi.

"duduk la, tak kan aku nak umumkan kau duduk pulak." balas daniel. afiq pula terus membuka komputer riba. dia memeng tak sabar menunggu berita politik yang selalu diikutinya.

Meja itu semakin riuh dengan munculnya jerry, fatihah, dan faiz. Namun hafiz masih lagi menggelam dalam dirinya. hujan itu seolah olah melalaikan nya dari perhubung dengan dirinya.
dalam asyiknya memerhati rintis hujan itu tiba tiba sekilas pandangan hafiz terlihat seakan kelibat di bawah rintisan hujan itu.

"Wei, kau termenung ni buat ape" sapaan kalam mengejutkan hafiz.

"tak de, apa apa la kalam."

"kau ni kenapa hafiz lain macam je aku tengok"

"tak da apa apa la, dah pergi baca buku tu." hafiz terus meneruskan bacaannya bersama kalam walaupun hatinya masih lagi teringat akan kejadian tadi.

bersambung......