iklan

Tuesday, June 25, 2013

Kuala Lumpur dilanda Jerebu

Seperti kebiasaan masalah jerebuh mmg dah sinonim dengan rantau asia tenggara.

Mangsa utamanya ialah Malaysia dan Singapura

Jejak dari dulu lagi masalah kebakaran hutan di Indonesia menjadi sebab utama jerebu di malaysia dan singapura. malahan suatu masa dahulu jerebu ini pernah menutup keseluruhan asia tenggara sehingga ke bangkok.

Bukan mahu menyalahkan Indonesia tapi sudah terlampau lama masalah yang sama berlaku tanpa pemantauan.

Saya selaku rakyat malaysia dengan kejadian ini.

Jika ada Syarikat malaysia yang terbabit dalam pembakaran selidiki dan ambillah tindakan.

Kuala Lumpur
Putrajaya
Singapura
Pulau Pinang
Johor (Legoland)
Shah Alam





Melaka
Muar ( Salah Satu Bandar yang diistihar DARURAT)





Friday, June 21, 2013

Aku Kaki Novel : Sayangku Casper

Hahahah

Memang Jarangkan dengar lelaki suka baca novel

Tapi itu lah aku seorang kaki novel.

Sebelum ni aju cuma minat baca novel Ramlee Awang Mursid jer

Tapi sejak dah berkecimpung ni try gak novel novel lain

kali ni aku baca novel ni


Sayangku Casper karya Mazni Aznita keluaran Buku Prima

REVIEW

aku tak minat sangat novel tulisan perempuan sebenarnya

Biasa la bagi aku novel perempuan lebih emosianal dan agak gedik hahahah

kalau baca mesti ada bushing sikit. hahaha

ni nak cakap sikit

novel ni kira ok la sebab jalan cerita dia tak straight sangat macam novel Adam Hawa

tapi aku curious sangat jalan citer novel ni ada persamaan sikit dgn drama korea My Girl yang famous tu.

penulis ni tgh tgk citer ni ker masa tulis . hahahaha

tapi biasa la citer org kaya kaya ni mmg seronok baca .... hahaha klise sangat org malaysia ni.

tp aku rating 3.5 bintang kat novel ni sbb tak bosan sangat baca.

overall mmg patut best seller pun sbb citer ala cinderella mmg org minat kan...

dah la itu saja post aku untuk hari ini. bye... 


Tuesday, March 5, 2013

Pertikaian Hak Milik Sabah : Sultan Sulu vs Rakyat Sabah






pertikaian hak milik sabah sememangnya telah lama wujud hal ini apabila Sultan Brunei memberi Sabah kepada Sultan Sulu atas tanda terima kasih kerana menamatkan pemberontakan di sabah. selepas itu Sabah telah disewa kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara oleh Sultan Sulu. Namun Selepas Perang Dunia kedua Sabah telah berpindah milik kepada British kerana berjaya menewaskan Jepun di sabah. seperti mana yang berlaku kepada Sarawak yang berpindah milik dari keluarga Brooke kepada British.

Selepas 1963 Sabah telah menyertai Persekutuan Malaysia atas mandat rakyat sabah dengan adanya Suruhanjaya Cobold. Hal ini turut di sahkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sejak dari itu Sabah menjadi hak milik Malaysia sepenuhnya.

Namun begitu Malaysia masih lagi membayar sejumlah wang kepada kesultanan sulu sebagai pengganti penghianatan Syarikat Berpiagam Borneo Utara kepada Sultan Sulu dengan menyerahkan Sabah kepada British bukannya Sultan Sulu.

Oleh demikian, Sultan Sulu mengaggap wang tersebut sebagai penyambuang sewa oleh Malaysia. Namun Malaysia pula menganggap wang tersebut sebagai sebuah wang pampasan bangi membantu sultan sulu.

Konflik berlaku apabila Sultan Jamalul Kiram III yang mengaku sebagai pewaris tahta kesultanan Sulu menuntut pemilikan sabah semula dan bertindak menghantar askar dirajanya ke Lahad Datu sebagai tanda tuntutannya ke atas sabah.

namun jika diselidiki semula perjanjian Sultan Sulu telah terbatal apabila Syarikat Berpiagam Borneo Utara menyerahkan Sabah kepada British. kemasukkan Sabah ke Malaysia dengan Suruhanjaya Cobold yang membuat tinjauan ke Sabah dengan keputusan Rakyat Sabah, Sabah masuk Malaysia.

Oleh yang demikian Sultan Sulu tiada hak lagi keatas Sabah. Dan jika Sabah kepunyaan Sultan Sulu kenapa Sultan Sulu tidak mentadbir Sabah? kenapa membiarkan Sabah masuk Malaysia. dan Kenapa tidak Mengambil semula Sabah dan menyertai Filipina selepas British keluar dari Sabah. Di Samping itu Sultan Sulu tiada hak untuk membuat tuntutan kerana Kesultanan Sulu bukan sebuah negara yang berdaulat tetapi cuma sebuah wilayah dalam Repuplik Filipina.

Kesimpulannya Sultan Sulu Sepatutnya menarik semula pengikut bersenjatanya dari Sabah kerana mereka telah memasuki Sabah tanpa Izin dan mewujudkan suasana tidak aman di Sabah. Bagi Malaysia pula Saya berharap agar Malaysia memutuskan pembayaran keatas Sultan Sulu dan memerdekakan Sabah dari Sultan Sulu. SABAH MILIK RAKYAT SABAH BUKAN SULTAN YANG TIADA KEDAULATAN..

PEACE NO WAR.

Friday, February 1, 2013

Selamat Hari Wilayah Persekutuan


Selamat hari wilayah untuk semua warga Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan