iklan

Sunday, January 25, 2009

Bosan nyer

semalam membosankan. hari ini lagi membosankan. teperap je dlm bilik. kemas kini dan kemas kini. vid yang aku download dari youtube banyak yang rosak. buat lappy aku ni peningg je....
aaaaa bosan.

194o 01 25 09
good bye tu tanah malaya. welcome my home sarawak.....
aku sebenarnya tak ada dalam perancangan pun nak balik TBC sem ni ke swk. tau tau je la tiket bukannya murah. bertambah geram tiket kali ini lagi mahal dari biasa. bukan apa balik pun hanya nak merasai kemeriahan semasa kecik dulu. akak aku balik kampung selepas hampir 4 thn kat malaya ni. aku pun nak balik la (gatal nak buang duit)

tak pe kita tunggu je esok.
aku ni tak tidur tidur ni nak meletikkan badan la esok. tak pe flight mlm. ok cau la dulu. lepas TBC ini aku cite pasal kampung aku pulak. k cau cincau. (tiba-tiba cincau....ckp pasal cincau haus la pulak nak buat air la sat)

Friday, January 23, 2009

sebenarnya ini post yang minggu lepas aku terlupa nak masukkkan dlam blog ni.

11 jan 2009

Cadang ank keluar ngan tojo, tapi aku sendiri bangun lewat.. Wahua...hua.... dah tu camera tak charge pulak tu. tidakkkk. tapi jam 940 tojo datang tolong ambik aku dari kolej terus ke komuter tak yah tunggu bas UKM atau rapid yang letih menunggu tu... terfikir jugak nak beli motor untuk kemudahan.

sampai kat komuter orang dah banyak. sory sangat dengan Hailey dal nora diaorng tunggu lama.. tapi yang tak boleh bla hailey salah beli tiket komuter sepatutnya beli ke BAndar tasik selatan. tapi dia beli ke KL Sentral... tak pe la dia belanja kot... wahaha.... dalam komuter tak habis habis kutuk adiamatra, leha la sakinah la, macam mcm lagi mentang-mentangla KTR tak berapa rapat ngn Adiamatra. ini la Hailey. kesian dia bersesak dalam Komuter.
ini la Hailey, Nora dan Tojo.. (bkn jawa tapi perasan nama jepun)

Sampai je kl sentral tak terus ke Monorail. HAdus.. sesaknya org. aku g beli tikit ke imbi. aku sebenarnya tak berapa suka naik monorail sbbnya aku tak tau kenapa. aku lebih suka naik pengangkutan lain. walaupun keadaannya sama je... sampai je kat imbi teru ke LOW YAT, yang lawaknya tu kiaorang boleh polak pusing bangunan AMODA depan Low Yat tu. Kat low YAt macam macam kita org beli. Lina mula cari charger handsetnya yg rosak pastu giliran aku pulak beli hanset baru sbb hanset lamatu dah teruk sangat. dgn bajet RM 500 aku dapat CSL M50 TV PDA PHONE. ini la Handset terbaru aku. CSL M50 TV PDA PHONE..

HAdus terpaksa belajar benda canggih ni. pening aku pakai touch skrin ni. hailey dan azir pulak beli Cooler Padnyer dan DVD-R. pas tu nora nak beli Handy Cam. Kaya betul la dia almaklumla budak JPA.dalam masa dia nak withdraw duit dia aku dan tojo g makan kat kedai makan jepun kat low yat tu.. yang syoknya free refill air... aku minum la sampai kenyang.
ini la kedai makan jepun tu. (kakak ni bukan jepun tau)
ini la yang aku makan ari tu KATSU DON
Ini la rambut Hornbill Hailey... wakakaka

Pastu kita org g ke Times Square. cari kasut dan hadiah utk birthday kakak ku. adoi peningnya. pastu aku beli pulak beg handset tu hadus melayang lagi RM 50. mcm mana nak balik kampung ni... jalan punya jalan tak sangka hari dah petang. kita org g la surau. surau pulak penuh je. tak sangka pulak org banyak ari ni. sampai ada yang tunggu kat luar.Kasut aku beli - BUM

pas je maghrib kita org g main boling. sebelum tu kita g kat karaoke dulu survey tapi mahal dan lama sangat la. ada ke patut sampai 3 jam duduk dalam tu. tapi tak pa kita g main boling. yang tak disangka aku juara. wahaha. mana tidaknya yang laintu amatur lagi baru je main boling. lepasmain kita g makan nora nak makan kat McD hailey pulak nak makan kat KFC kita tunggu la nora g beli Mcd nya dulu pastu g makan kat KFC.

JAm dah 1000 mlm apa lagi balik la. karang tak boleh masuk ukm naya. kita g Station LRT Hang Tuah pas tu g Bdr Tsk Sltn dan pastu terus nak komuter ke UKM. sampai je kat station UKM tu. ada pula pegawai KTM cheak tiket. ada la sorang budak Cina ni kena tahan bagi malu ukm je dah la budak luar pulak tu. aku tumpang azir naik motor dia. HAiley dan nora pulak kalau tak silap naik taxi. kesian diorang aku bukan apa aku cuma tumpang je. kalau tak nak jugak aku tolong hantar dia orang balik. terfikir pulank nak beli kereta....Angan angan tinggi je. tunggu kerja dulu.

sampai kat Foyer amin jumpa pulak abang Fariz dia apalagi cheak la brg shopping aku. yang tak disangka tu sebelah dia ada TAik. hadus... eeee jijiknya. tak sanggka pulak dia tak perasan. sampaikat bilik aku test la segala benda. charger pulak tak mahu. hadus.... kena la g Low Yat LAgi. tapi kalini aku kenala independent sikit. nak juga belajar bargaining... penting tu.

ok la tu la yang berlaku hari tu aku boleh kata gembira la gugak kerana dapat Hangout dengan antara kawan terrapat aku kat ukm ni.
hari ni bosan sangat.... bangun lewat pas tu terlepas kelas.. Arrr.. geram kelas favorite. tapi aku g la kelas seterusnya... arrr geram kelas batal. tapi ok la kelas tu bosan sikit. jumpa dgn Fatin dan faizi, Kalut dan muiz, didi, ajira,mimi, dan kak ani. borak macam macam. pastu dalm 10 30 aku gi la ke pusan dengan tak memakai kad matrik.. ingatkan nak beli card holder tu tapi kena jugak dengan pak gaurd ... geramnya rasa macam nak letupkan je UKM ni. yang bengangnya tu geng studen indon yang pakai seluar pendek dan tak pakai matrik card lepas pulak. siap boleh borak lagi dengan pak guard tu..eeee geram ... pas tu aku balik bilik beli makanan kat cafe makan sambil tengok documentari yang aku download semalam.... best jugak la.

sekarang ni dah petang kepala aku pening. aaa