iklan

Monday, September 27, 2010

Nyepi

Detak jantung aku keliru
rindu itu suatu yang sakit...
benci itu suatu racun

terdiam kaku aku salju
beku san sejuk....
hanya indah dilihat
namun dingin bila disentuh...

hidup dan mati terdiam
bicara tentang maut
aku takut
tujuan ku masih belum tentu

aku keliru dan buntu
aku takut dalam berani
menjadi pengecut dan penipu
siapa aku, aku tak tahu
ahhh
siapa peduli
janji aku happy
atas nama apa aku happy
jika papan tanda kabur
jalan yg dituju tidak kelihatan...

mimpi ngerikah ini
atau ini mmg realiti
hidup untuk membenci diri

rindukah yang aku alami
atau sakit hati yang sukar diubati...

Sunday, September 5, 2010

iklan raya TV3 ....terlebih sudah

ok aku bukan nak kutuk ke apa tapi benda ni mmg terlebih sudah bak kata stacy..

Apa yg aku tak berapa nak setuju sgt dgn iklan ini sbb:

1. iklan ini tak ada kaitan langsung dgn hari raya. rasanya org yang buat iklan ni tak faham maksud sebenar Raya Aidilfitri.... yang membezakan Raya Aidilfitri dgn perayaaan lain ialah bulan puasa sebelumnya bukannya benda ajaib mcm penarik beca yang muncul secara ajaib menculik budak pd malam raya, dan memasak dodol dalam bunga, pelita muncul dlm bunga itu dah TERLEBIH SUDAH.....

2. kalau ye pun nak 1 Malaysia jangan la sampai Perayaaan keagamaan pun nak di satukan. ada ke patut ada unsur krismas (Beca yg mcm kereta luncur santa claus, dan siap ada santa claus lagi cuma pakai baju melayu), pastu unsur hindu budha (bunga terapung dan terbuka itu mmg sebijik melambangkan identiti budha dan pelita tu mmg dah hampir meyerupai hindu dah....)

kadang kadang aku terfikir gak siapa yg buat iklan ni, dia ni islam ke tak and boleh pulak tv3 luluskan penyiarnya. mmg menghampakan la. ingatkan since kemerdekaan dan raya hampir iklan raya thn ini lebih patriotic.

so fikir fikir lah sendiri ye TV3,

Manusia oh manusia....

1. Apa nak jd dgn manusia skng, Bukan nak tersa sgt tp As a human being mmg aku agak kecewa dgn segolongan manusia yang tak kenal erti hormat ni. sbb klu betul pun kita Dah TUA....Berpangkat.....KAya.....tp tak salah kita hormat pada org lain wlupn kita darjat mereka dgn kita lain....(wah dah berdarjat2 dah...). Mmg rasa nak sepak jer makcik tu...muka dah la sombong nak mampus mcm parkson tu bapak dia punya or semua hamba abdi dia.....Wei wlupn kita cuma SA or Promoter respect la sikt....ckp la mcm manusia bukan hamba abdi....dahla semua benda nak komen...bukak sana buka sini.....lepas tu tak beli fikir sikit la bukan kita ni ada masa nak layan dia sorng.... customer byk lagi yg perlukan bantuan dia buat perangai dgn minta bantuan pas tu kutuk.. panggil tanya pastu ckp dia dah ada...pastu comment harga mahal la kain tak kualiti la..... klu dah semua benda tak suka buat sendiri la baru la tau berapa kos nak buat......

P/s sorry post emo.... nasib baik ada khabar yang menenangkan hati dri sahabat lama....sudah lama tak dengar cerita...btw tahniah....

Saturday, September 4, 2010

Jauh Jalan Aku Malam ini.............

Adam melihat jam pada telefonnya. sudah pukul 10 malam. Adam cuba melihat jika ada lagi pelanggan yang ingin membuat pembelian. dari jauh kelihatan seorang makcik dengan anaknya membawa beg plastik datang menghampiri.....

"Encik ada jual cadar single tak? saya nak sekali dengan sarung comfeternya..."
"Cadar yang single ya.... biar saya cuba lihat dulu...." Adam terus mencari cadar tersebut dan menunjukkannya kepada makcik tersebut. setelah selesai membuat pembayaran adam tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada makcik tersebut.

Ada melihatjam nya kembali. Pukul 10.20, oh tidak sudah lambat walaupun store itu akan tutup pukul 10.30 adam dibenarkan keluar awal untuk mengejar bas yang selalu sesak dengan penumpang.....

adam menutup lampu dan bergegas keluar. setelah sampai di hentian bas adam menunggu adak lama sambil mendengar lagu Maher Zain bagi menenagkan hatinya yang risau ketinggalan bas...

Jam 10.45. bas ke UKM sampai dan adam cuba memberi isyarat berhenti namun bas tersebut terus berlalu disebabkan penumpang yang penuh.

Kesal dan kecewa adam nekad untuk meminta bantuan dari kawannya namun tiada balasan. tanpa berfikir panjang kerana takut terlepas lagi adam bergegas ke station komuter terdekat... walaupun perjalannya agak memenatkan dan menyakitkan kaki adam yang sudah lama berdiri semasa berkerja tadi namun langkah tetap diteruskan...

sesampai di Stesian Komuter adan mendapatkan tiket dari mesin tiket kerana kaunter tutup. kala menunggu komuteryang mengalami kelewatan adam mendengar kembali nyanyian Maher Zain yang memuji tuhan dari lirik lagunya. ternyata Lagu itu begitu dekat dihatinya seperti mana masa berbuka puasa petang tadi sambil menyaksikan mata hari terbenam bersama sebotl mineral dan sebungkus Burger.....

Adam terkejut dari lamunannya ketika kereta api ke Singapura sampai di stesen. adam cuma mampu terduduk di kerusi yang desediakan. keadaan Stesen agak lengang setelah penumpang ke singapura bertolak. Hal ini berbeza sekali dengan keadaan dalam komuter yang tiba sebentar kemudian.

Sesampai di Stesen UKM adam turun bersama penumpang penumpang lain. Sememangnya Stesen UKM agak ramai orang yang akan turun. keadaan agak sesak. dan adam menenagkan diri dan bergegas keluar dari stesen tersebut lalu terus memulakan langkah meniti tepian jalan menuju ke ukm.

Dalam masa itu adam melihat telefonya lagi untuk memastikan pukul berapa dia sampai. namun adam melihat terdapat miscall dari kawanya. lalu dengan segera dia menghubungi temannya itu.

dari perbualan itu adam mendapat tahu temannya keluar makan malam seberti biasa. walaupun agak terasa namun adam cepat cepat menghilangkan rasa tersebut kerana baginya temannya itu sudah banya berbudi padanya. dan adam meneruskan perjalannya ke ukm.

Setelah sampai ke bilik adam segera menyuci badannya akibat perjalanan yang jauh yang terpaksa adam harungi. Dan selesai mandi adam menulis post ini untuk mengingatkan ia pada perjalanan nya jang jauh malam ini.