iklan

Wednesday, February 25, 2009

penat nyerrrrr

minggu yg memenatkan...
aku penat dan sakit badan.
baju tak basuh sbb hari hujan
nak keluar tapi tak kesampaian
hadussss
minggu yang memenatkan....

KAB, IB, kajang dan pusat kesihatan
interkolej, teater inggeris yg memeningkan
25 03 tarikh persembahan
tapi perkembangan nak tak nak jer jalan

IB pulak teater Sirah Junjungan
sembah berhala pastu masuk islam
kena menari dan sepak terajang
hadussss
sakit badan pun masih tak hilang

Kajang destinasi tujuan
berminggu minggu tunggu tapi tak juga kesampaian
Sate dan KFC mmg aku idamkan
entah bila akan ku kesampaian

pusat kesihatan bukan aku inginkan
sbb terjatuh semasa berjalan
kaki terseliuh kubawa ke pusat kesihatan
hadus kacau aku punya rancangan.

Monday, February 16, 2009

HILANG.......

Hilang.......
HILANG
aku hilang dalam dunia ku sendiri
aku ibarat hilang segalanya lalu terdampar di pantai pasir
yang tidak tahu dimana letaknya
pasir
adakah aku ibarat pasir pasir ini yang halus dan banyak
dan tak mungkin dipilih untuk dijadikan oleh oleh para pelancong,
adakah aku ibarat pasir
adakah aku bisa memerlukan bahang api yang panas
bagi aku bertranfomasi menjadi sesuatu yang lebih beharga
dipanggil KRISTAL (atau silikon yang menjadi penggerak komputer....canggih tu)


Hilang, aku tak tau kenapa aku rasa teramat sunyi sangat dalam beberapa minggu ni, selepas kejadian emosi ganggu itu dan banyak lagi persekitaran yang tidak menyokong.

1. balik bengkel pengurusan yang boleh la.....kena bom....(boooommmm.....) hahahaha... aku dah stabil dah sikit...

2. Assignment bertimbun.... (kebommmm...) peninggg....

3. tak lau la tiba tiba rasa sunyi.....macam tak ada sesiapa kecuali aku.

penyelesaian ajak Halimah dan azira g kajang makan sate and gunting rambut....HAHAHAH
(tak tau kenapa..... tiba tiba rasa nak tukar stlye tapi bila dah gunting rasa menyesal pulak.....

aku still tak boleh hilangkan rasa sunyi ini......
teringin pulak nak makan KFC..
adoi......
alangkah sedapnya sampai menjilat jari....
dia org ckp la...
tp xment banyak la.....
hadusssss....
tension

HILANG kenapa kau datang pada ku (teringat pula watak 1 dalam DIA YANG SEPI)
apa yang harus aku buat....
buat lah apa yang bisa menghiburmu..
(bodoh kalau dah sepi bercampur hilang pada siapa lagi yang bisa menggembirakan aku)

Thursday, February 12, 2009

aku buat hal

emosi kacau....
skrg ni aku tak g kelas....
tak tau kenapa mungkin sebab aku perlukan masa untuk berehat...
selepas tak ada weekend, kena sentap dgn minah sorang, melalui hidup yang kesepian, xment banyak bertimbun....
apa aku nak buat...
aku perlu rehat....

Kepala hotak kau nak rehat kau ingat dunia ni bapak kau punya....
bangun la wei....wake up from fantasy....
masa tak akan menunggu engkap
get on track back...
much more waiting for you....
jangan jadi mcm sem lepas kali ni kau kena kuat......

tapi aku lost....
persekitaran tak membantu
apa aku nak buat.....

shut up ok kau kena tahu kau tu dah besar....
ingat sikit...
lepas grad nanti kau nak buat apa....
duduk je kat rumah
ingat kau tu kena bekerja

aku penat....
aku perlukan vacation
rehat secukupnya

ok skrg kau tak g kelas mula la uruskan hidup kau tu...
start from now....
u must make a good impression kpd semua org kat sekeliling kau. ok

list of work
1. pengurusan emosi
- xment individu - 16 02
2. sejarah nusantara
- xment kumpulan present -18 02
3. pengantar falsafah -
- xment kumpulan - 19 02
- falasi
4. globalisasi dan regional
- xment - 01 04
- maastricht 17 02
- financial crisis 17 02
- tutor everyweek xment 17 02
5. PEA
- xment 19 03
6. teater sirah junjungan
- cari jubah
7- teater interkolej
- practice
8. show ABADI
9. gunting rambut
10 .

buat ni jer dah tension
aarrrrrr......

Tuesday, February 10, 2009

GERAM !!!!!!

tgh mlm ahad ari aku geram betul la ngan minah sorang ni bleh pulak dia gi mengamuk tak apa apa kat aku, kalau cakap tu sopan la sikit. aku tau la kau tu sapa. aku pun manusia gak bukannya punching beg yang boleh kau hentam jer. aku balik dengan gembira mlm tu kau naikkan kemarahan ku sampai aku terfikir nak panggil SAKA aku....(hahaha....gelak jahat) geram aku.... aku bukan apa dah aku sibuk hujung minggu ari tu.... aku tau la manusia kalau tak nampak tu maknanya tak delah. aku pun penat fikirkan pasal benda tu... tolong la jangan bagi aku macam ni....

geram kedua

aku geram betul la gegan sorang mamat ni mlm tu jugak. dia kan aku tanya baik baik tapi dia mcm buat tak tau je. dah la projek mcm hari sukan tadika jer. tapi tu tak pe aku tak leh komplain sbb aku tak join susah senag korang..... tapi sbg wakil kpd budak kat sini tlg la bg info kat kita ni sikit je pun tak pe ngan la buat muka tak tau. kau tu ketua projek....faham faham la sikit...... klu mcm ni la gaya nya tak dapat la baju aku.....

geram ketiga

aku geram betol la dengan keadaan internet kat kolej aku ni selalu je tak leh guna, jaring pulak buat hal aku nak lepas geram aku ni pun terpaksa ditunda gerammmm. nak buat kerja pun susah... eeee... nasip baik aku sayang lappy aku ni kalau tak dah lama dahhhhhh.......

post ini sudah ditapis sebab internet aku tak boleh guna ari tu...GERAM!!!!!!nyer....

Saturday, February 7, 2009

Hidup adalah Drama

hidup ada yang megatakan ia sebagai realiti, namun sejauh manakah realiti itu.
ada diajar jangan mengulai sejarah.... naun sejauh manakah sejarah itu benar.
org kata sahabat sejati ialah sahabat yang jujur pada apa yang kita buat ....namun sejauh manakah kejujuran itu lahir dari diri seorg manusia....

bak kata golongan empirism (realist) jika kita tidak merasanya ia tidak ada....tapi sejauh manakah pancaindera kita mampu merasa sesuatu. adakah roh, jiwa, perasaan, emosi, dan pemikiran itu dapat di ukur...

golongan rational pula menyatakan pentingaya idea dlm menentukan tidak tanduk manusia bukannya pancaindera. namun dapatkkah kita mencari kebenaran dari sebarang keraguan hanya dengan melihat melalui idea...

namun adakah aku terlalu skeptik dalam hal ini.

apa yang aku melalut ni ..... ni pun post yang tertunda .... geram la dgn internet kat kolej ni...

Sunday, February 1, 2009

Asajaya - UKM

aku balik hari seblum semalam (peliknya jer bunyi dlm BM). semuanya bermula dari aku berangkat dari rumah. aku tumpang jiran sekampung aku untuk ke airport kuching.. dlam jam 6 pagai a dari asajaya kalini mom and dad tak hantar dia duk rumah sbb org yang aku tumpang tu terus nak g kerja jadi tak de org nak hantar dia balik. sampai je kat airport tu aku duduk sat. lengang la sikit dari aku sampai hari tu. tak berapa lama lepas tu aku check in la dlm. berat bag dalam 10 kg. aku tak kau kenapa aku bawak banya sangat barang balik.gambar kat gate 2. sajer ambik gambar budak ni....
Airport Kuching yang hujan......

jam 8.15 tu aku masukla. mula tunggu kat tempat biasa aku naik Gate 2. pastu diaorg tukar ke gate 7 tak tau kenapa. pagi tu pulak aku tak tau kenapa aku ngantuk sangat... naik je kapal terbang tu aku duduk kat belakang mat salleh yang ada baby comel tu... comelnyer muka.... kali aku duduk sebelah kanan flight pulak. nak ambik gambar sebelum bertolak tp hujan jer kat kuching. ngantuk sgt aku ter tidur la.... (aku mmg suka tidur dlm flight, lagi lagi la Air asia supaya tak menghabiskan duit beli makanan yg mahal....haha..). tau tau dah kat atas awan. cerah jer kat atas pilot ckp dah dekat kuantan. cantuk gila awan aku pun snap la beberapa gambar langit mmg menawan biru dan putih. pastu kita mendarat kat LCCT dalam kul 1100 pg. sampai jer kat sana aku mcm biasa tunggu beg dan lepastu carik bas ke nilai. ingatkan nak mkn KFC tapi tak jadi nantila makan. aku pun ingat nak diet bulan ni. montel sangat la. haha...
Langit Laut China Selatan
mendarat di KLIA
LCCT yang mcm stesen Bas

Naik bas mcm biasa RM 3.50 ke nilai jumla dgn kakak felo kot yang ambik adiknya dari indonesia.... dia pun tanya jugak pasal gambar yang aku menang ari tu. saje membuka bicara kot..kat bas tu pun aku tidur jugak... sampai ktm nilai jalan sama dgn kakak tu. masuk komuter...AA syukur dapat duduk. dlm pada tu aku terdengar la dua bdk ni borak.. terfikir jugak aku kepentingan ART of CONVERSATION.. (pandai pandai jer bagi nama).
Sampai Hentian UKM aku naik taxi kakak tu naik kerendaan dia tak tau ka motor ker apa.. malas la nak tanya. sampai ukm dalam 1.30 ptg nagtuk sangat sampai aku terlepas solat jumaat. adoi adoi..... hari ni aku terperap dalam bilik ngatuk dan letih. makan la burger yang aku bawak dari kampung tu. kenyang sampai pagi... jimat sikit duit.

tak ada masalah perjalanan aku hari ni yang syok nya aku dpt snap gambar langit tapi sayang gambar baby tu tak sempat nak ambik....