iklan

Tuesday, March 5, 2013

Pertikaian Hak Milik Sabah : Sultan Sulu vs Rakyat Sabah






pertikaian hak milik sabah sememangnya telah lama wujud hal ini apabila Sultan Brunei memberi Sabah kepada Sultan Sulu atas tanda terima kasih kerana menamatkan pemberontakan di sabah. selepas itu Sabah telah disewa kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara oleh Sultan Sulu. Namun Selepas Perang Dunia kedua Sabah telah berpindah milik kepada British kerana berjaya menewaskan Jepun di sabah. seperti mana yang berlaku kepada Sarawak yang berpindah milik dari keluarga Brooke kepada British.

Selepas 1963 Sabah telah menyertai Persekutuan Malaysia atas mandat rakyat sabah dengan adanya Suruhanjaya Cobold. Hal ini turut di sahkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sejak dari itu Sabah menjadi hak milik Malaysia sepenuhnya.

Namun begitu Malaysia masih lagi membayar sejumlah wang kepada kesultanan sulu sebagai pengganti penghianatan Syarikat Berpiagam Borneo Utara kepada Sultan Sulu dengan menyerahkan Sabah kepada British bukannya Sultan Sulu.

Oleh demikian, Sultan Sulu mengaggap wang tersebut sebagai penyambuang sewa oleh Malaysia. Namun Malaysia pula menganggap wang tersebut sebagai sebuah wang pampasan bangi membantu sultan sulu.

Konflik berlaku apabila Sultan Jamalul Kiram III yang mengaku sebagai pewaris tahta kesultanan Sulu menuntut pemilikan sabah semula dan bertindak menghantar askar dirajanya ke Lahad Datu sebagai tanda tuntutannya ke atas sabah.

namun jika diselidiki semula perjanjian Sultan Sulu telah terbatal apabila Syarikat Berpiagam Borneo Utara menyerahkan Sabah kepada British. kemasukkan Sabah ke Malaysia dengan Suruhanjaya Cobold yang membuat tinjauan ke Sabah dengan keputusan Rakyat Sabah, Sabah masuk Malaysia.

Oleh yang demikian Sultan Sulu tiada hak lagi keatas Sabah. Dan jika Sabah kepunyaan Sultan Sulu kenapa Sultan Sulu tidak mentadbir Sabah? kenapa membiarkan Sabah masuk Malaysia. dan Kenapa tidak Mengambil semula Sabah dan menyertai Filipina selepas British keluar dari Sabah. Di Samping itu Sultan Sulu tiada hak untuk membuat tuntutan kerana Kesultanan Sulu bukan sebuah negara yang berdaulat tetapi cuma sebuah wilayah dalam Repuplik Filipina.

Kesimpulannya Sultan Sulu Sepatutnya menarik semula pengikut bersenjatanya dari Sabah kerana mereka telah memasuki Sabah tanpa Izin dan mewujudkan suasana tidak aman di Sabah. Bagi Malaysia pula Saya berharap agar Malaysia memutuskan pembayaran keatas Sultan Sulu dan memerdekakan Sabah dari Sultan Sulu. SABAH MILIK RAKYAT SABAH BUKAN SULTAN YANG TIADA KEDAULATAN..

PEACE NO WAR.