iklan

Friday, December 10, 2010

GIE review

GIE...(2005).Aku amat tertarik dengan cerita ini apabila aku terjumpa dengan lagu Donna Donna yang turut didendangkan di dalam filem ini. Bagi aku, Kayra ini agak berat bagi penonton malaysia secara ringkasnya. hal ini bukan bermakna filem ini tidak berjaya.. Bagi aku filem ini berjaya mengusik jiwa aku sebagai pencinta filem walaupun aku semamangnya jarang ini menonton filem dari negara jiran ini.

Melihat kepada corak penceritaan filem ini aku sememangnya amat teruja melihat kretiviti pengarahnya dengan gambaran yang menarik dan tona gambar yang baik. selain ini aku sememangnya tertarik dengan gaya penceritaan yang banyak simbolik nya.... sama seperti yang cuba digambarkan oleh Yasmin Ahmad dalam filemnya...

Namun begitu, gaya yang berat dan sarat dengan makna ini kadang kala sukar untuk sebialangan penonton untuk bertahan dengan tempo cerita yang agak lambat. tambahan lagi dengan penerangan sejarah indonesia yang kelihatan agak gelap dari sudut pandangan cerita ini.

namun bagi pencinta filem seperti Aku, aku memberi 5 bintang untuk filem ini....

Thursday, December 2, 2010

Pengumuman

Buat kesemua penghuni alam .....

Phone aku yg hilang dlm kenangan

1. Jangan Call aku buat masa terdekat Phone aku telah hilang so aku tak boleh balas.....

2. Kalau boleh tolong.....Tolong mesajkan kat 013 2578739 yg Phone aku tu model lama dan CSL dah tak keluaran Charger nya lagi..... so it hopeless since the Charger is with me.....

P/S. sorry klu english tunggang langgang......

Review Glee S2 Ep09

dah mmg agak lam aku tak update blog ni hehehe....malas sikit sejak kebelakangan ni nak update-update ni.....

ok kembali pd topik kita Glee S2 Ep09.......



1 . mmg agak disappointing sikit sbb sectional season ni agak tak gempak mcm season 1 maybe sbb Finn dan Rachel tak jd main fokus or tak nyanyi ballad sectional tu.....hahah... bukan nak kata Sam dan Quinn tak ok, tp tak cukup gempak mcm Season 1....

2. Season ni mcm penulis tak ada idea mcm mana nak gempakkan siri ini......dah beterabur citer ni...

3. Perlu ke director buat pengulangan mcm Sam dan Quinn keluar dr belakang.....(rasanya kalau sekolah ni betul betul wujud mesti penganjur dah dapat agak Mckinley suka keluar dr belakang........ dan perlu ke guna lagu zaman dulu dulu dlm setiap episode...will tu dah mcm very old school.....

4. paling pelik sekali kenapa masa New Direction mesti kena sebut last mcm kat Regional....hahaha and boleh pulak tie untuk ke regional....

5. paling tak best bila pemilihan lagu tak segempak Season 1 ....

Tuesday, October 12, 2010

Hikayat : Nyepi

adam merenung skrin komputer ribanya. Kelihatan hanya skrin kosong. Dia gagal lagi menenangkan dirinya untuik membuat kerjanya. fikiranya hanya tertumpu pada peristiwa itu. baginya dia amat rasa bersalah kerana segala yang terjadi diluar jangkaan namun siapa yg harus disalahkan. adam mmg sudah terdidik untuk terus nyapi dan adam mambenci nyepi itu.

"aku mmg tak sangka benda itu terjadi "

"mmg aku tak sangka dia lakukannya"

"kau sebagai ketua harus ambil tanggungjawap"

"benda dah terjadi"

Adam keliru betul betul buntu. sebagai manusia biasa dia tidak mampu lari dari ketidak sempurnaan.

"ditelan mati mak diluah mati bapak"

adam hanya termanggu hanya lagu Insha allah dendangan Maher Zain menanagkan dirinya masa itu. dia terpaku memikirkan apa yang harus dibuat.....

< < <

bersambung.....

Monday, September 27, 2010

Nyepi

Detak jantung aku keliru
rindu itu suatu yang sakit...
benci itu suatu racun

terdiam kaku aku salju
beku san sejuk....
hanya indah dilihat
namun dingin bila disentuh...

hidup dan mati terdiam
bicara tentang maut
aku takut
tujuan ku masih belum tentu

aku keliru dan buntu
aku takut dalam berani
menjadi pengecut dan penipu
siapa aku, aku tak tahu
ahhh
siapa peduli
janji aku happy
atas nama apa aku happy
jika papan tanda kabur
jalan yg dituju tidak kelihatan...

mimpi ngerikah ini
atau ini mmg realiti
hidup untuk membenci diri

rindukah yang aku alami
atau sakit hati yang sukar diubati...

Sunday, September 5, 2010

iklan raya TV3 ....terlebih sudah

ok aku bukan nak kutuk ke apa tapi benda ni mmg terlebih sudah bak kata stacy..

Apa yg aku tak berapa nak setuju sgt dgn iklan ini sbb:

1. iklan ini tak ada kaitan langsung dgn hari raya. rasanya org yang buat iklan ni tak faham maksud sebenar Raya Aidilfitri.... yang membezakan Raya Aidilfitri dgn perayaaan lain ialah bulan puasa sebelumnya bukannya benda ajaib mcm penarik beca yang muncul secara ajaib menculik budak pd malam raya, dan memasak dodol dalam bunga, pelita muncul dlm bunga itu dah TERLEBIH SUDAH.....

2. kalau ye pun nak 1 Malaysia jangan la sampai Perayaaan keagamaan pun nak di satukan. ada ke patut ada unsur krismas (Beca yg mcm kereta luncur santa claus, dan siap ada santa claus lagi cuma pakai baju melayu), pastu unsur hindu budha (bunga terapung dan terbuka itu mmg sebijik melambangkan identiti budha dan pelita tu mmg dah hampir meyerupai hindu dah....)

kadang kadang aku terfikir gak siapa yg buat iklan ni, dia ni islam ke tak and boleh pulak tv3 luluskan penyiarnya. mmg menghampakan la. ingatkan since kemerdekaan dan raya hampir iklan raya thn ini lebih patriotic.

so fikir fikir lah sendiri ye TV3,

Manusia oh manusia....

1. Apa nak jd dgn manusia skng, Bukan nak tersa sgt tp As a human being mmg aku agak kecewa dgn segolongan manusia yang tak kenal erti hormat ni. sbb klu betul pun kita Dah TUA....Berpangkat.....KAya.....tp tak salah kita hormat pada org lain wlupn kita darjat mereka dgn kita lain....(wah dah berdarjat2 dah...). Mmg rasa nak sepak jer makcik tu...muka dah la sombong nak mampus mcm parkson tu bapak dia punya or semua hamba abdi dia.....Wei wlupn kita cuma SA or Promoter respect la sikt....ckp la mcm manusia bukan hamba abdi....dahla semua benda nak komen...bukak sana buka sini.....lepas tu tak beli fikir sikit la bukan kita ni ada masa nak layan dia sorng.... customer byk lagi yg perlukan bantuan dia buat perangai dgn minta bantuan pas tu kutuk.. panggil tanya pastu ckp dia dah ada...pastu comment harga mahal la kain tak kualiti la..... klu dah semua benda tak suka buat sendiri la baru la tau berapa kos nak buat......

P/s sorry post emo.... nasib baik ada khabar yang menenangkan hati dri sahabat lama....sudah lama tak dengar cerita...btw tahniah....

Saturday, September 4, 2010

Jauh Jalan Aku Malam ini.............

Adam melihat jam pada telefonnya. sudah pukul 10 malam. Adam cuba melihat jika ada lagi pelanggan yang ingin membuat pembelian. dari jauh kelihatan seorang makcik dengan anaknya membawa beg plastik datang menghampiri.....

"Encik ada jual cadar single tak? saya nak sekali dengan sarung comfeternya..."
"Cadar yang single ya.... biar saya cuba lihat dulu...." Adam terus mencari cadar tersebut dan menunjukkannya kepada makcik tersebut. setelah selesai membuat pembayaran adam tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada makcik tersebut.

Ada melihatjam nya kembali. Pukul 10.20, oh tidak sudah lambat walaupun store itu akan tutup pukul 10.30 adam dibenarkan keluar awal untuk mengejar bas yang selalu sesak dengan penumpang.....

adam menutup lampu dan bergegas keluar. setelah sampai di hentian bas adam menunggu adak lama sambil mendengar lagu Maher Zain bagi menenagkan hatinya yang risau ketinggalan bas...

Jam 10.45. bas ke UKM sampai dan adam cuba memberi isyarat berhenti namun bas tersebut terus berlalu disebabkan penumpang yang penuh.

Kesal dan kecewa adam nekad untuk meminta bantuan dari kawannya namun tiada balasan. tanpa berfikir panjang kerana takut terlepas lagi adam bergegas ke station komuter terdekat... walaupun perjalannya agak memenatkan dan menyakitkan kaki adam yang sudah lama berdiri semasa berkerja tadi namun langkah tetap diteruskan...

sesampai di Stesian Komuter adan mendapatkan tiket dari mesin tiket kerana kaunter tutup. kala menunggu komuteryang mengalami kelewatan adam mendengar kembali nyanyian Maher Zain yang memuji tuhan dari lirik lagunya. ternyata Lagu itu begitu dekat dihatinya seperti mana masa berbuka puasa petang tadi sambil menyaksikan mata hari terbenam bersama sebotl mineral dan sebungkus Burger.....

Adam terkejut dari lamunannya ketika kereta api ke Singapura sampai di stesen. adam cuma mampu terduduk di kerusi yang desediakan. keadaan Stesen agak lengang setelah penumpang ke singapura bertolak. Hal ini berbeza sekali dengan keadaan dalam komuter yang tiba sebentar kemudian.

Sesampai di Stesen UKM adam turun bersama penumpang penumpang lain. Sememangnya Stesen UKM agak ramai orang yang akan turun. keadaan agak sesak. dan adam menenagkan diri dan bergegas keluar dari stesen tersebut lalu terus memulakan langkah meniti tepian jalan menuju ke ukm.

Dalam masa itu adam melihat telefonya lagi untuk memastikan pukul berapa dia sampai. namun adam melihat terdapat miscall dari kawanya. lalu dengan segera dia menghubungi temannya itu.

dari perbualan itu adam mendapat tahu temannya keluar makan malam seberti biasa. walaupun agak terasa namun adam cepat cepat menghilangkan rasa tersebut kerana baginya temannya itu sudah banya berbudi padanya. dan adam meneruskan perjalannya ke ukm.

Setelah sampai ke bilik adam segera menyuci badannya akibat perjalanan yang jauh yang terpaksa adam harungi. Dan selesai mandi adam menulis post ini untuk mengingatkan ia pada perjalanan nya jang jauh malam ini.

Saturday, July 31, 2010

kegagalan dan kegembiraan

walaupun mcm dugaan aku mmg tetap bertuah....hahaha

1. nak di jadikan cerita hari aku bermula dengan kegagalan aku untuk menepati janji atas sebab tidak dpt di elakan maka lambat la aku tuun kerja....atas sebab itu juga aku gagal menunaikan solat jumaat sbb tak ada rehat tgh hr...huhuhu. maka zuhur la aku di surau....

2. atas sebab hari ini mmg sibuk maka kekalutan aku capai tahap sukar nak stop dan menyebabkan keadaan ku bercelaru.....

3. ditambah dgn keberangkat pulang yg lewat maka gagal lah aku untuk menaiki bas.... terpaksalah aku memohon pertolongan superman.....

4. maka tatkala tibanya aku di tmt penginapan ku aku gagal membuka pintu atas sebab kegagalan aku membawa kunci.... maka bertungkus lumus lah aku selama 3 jam 30 minit untuk mencari jalan masuk......

Hari ini penuh kegagalan bg aku namun hari ini juga aku gembira

1. aku gembira sebab aku dah melangkah kembali....hehehe

2 aku gembira sebab aku mula tahu sifat manusia mcm mana

3. aku gembira sbb ada kawan yg amat caring macam superman dan wijaya nya

4 aku gembira sebab aku dapat masuk bilik dan menaip post ini...

OK ....bye mata dah ngantuk aku nak tido dgn gembiranya........

Sunday, July 11, 2010

unpredictable life..........

hai.....dah lama aku tak update blog ni.....

kali ini aku nak cerita sikit pasal hidup kita ni...

1. kadang kadang, apa yang kita harap kan akan terjadi tak semestinya akan terjadi. dan apa yang berlaku pada hari ini aku mmg mengubah hidup aku. sbb semua yang aku sangka tak sama dgn apa yang terjadi.....

2. BTW mmg aku sgt bersyukur hari ni sebab dah punya tempat berteduh...

3. Aku tambah bersyukur apabila aku rasa aku adalah manusia paling "lucky" hari ini. mana tidaknya siapa sangka setiap kegagalan itu akan membawa kebahagiaan kepada anda.

4. so oleh itu, aku akan berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai kebahagian dalam kehidupan yg aku jalani.

P/s : Sy nak berterima kasih kepada insan yang sudi memberi sedikit rasa kemanusiaan kepada insan hina seperti aku sekurang kurangnya aku merasa amat terharu.....terima kasih banyak banyak hanya tuhan dpat membalas budi mu.....

Monday, June 21, 2010

tempat berteduh....

sejak awal cuti ari tue lagi aku dah fikir pasal benda ni

but nothing happen..

disini aku memohon kepada sesiapa yang punya tempat berteduh

aku merayu untuk berteduh buat sementara waktu

sebelum ku temui tempat tinggal ku.....

Saturday, June 12, 2010

hari dan hari esok.....

1. mmg dah agak lama aku tak update blog ni....
nak kata sibuk tak jugak, tapi untuk masa ni dan akan datang mungkin aku akan jarang untuk online. atas dasar kerja untuk masa depan aku. hahaha....
2. so ni dah hari ketiga aku bekerja di Parkson Kajang sebagai promoter barangan AKEMI yang sememangnya empuk dan selesa untuk tidur walaupun aku tak guna pun. tapi sebagai promoter barangan AKEMI mmg bagus la..... dan sekarang ni pun mmg diskaun kaw kaw punya sampai 80% so reramai ler dtg kat Parkson yer...
3. berhubung kait dengan perkerjaan aku disini, Sy nak minta tolong kepada pembaca kalau sudi silalah comment ke , Call ke , msg ker kalau ada bilik kosong untuk saya sewa sepanjang saya kat sini.....please...

4. sebagai penutup....Bye jumpa lagi....

Wednesday, May 26, 2010

How the Bible Led Me to Islam: The Story of a Former Christian Youth Min...

I see A Light...........

I See A Light....

I want to Share

not to offense

just to share the light....

tengoklah sampai habis dulu yer....

Saturday, May 22, 2010

Kegurunan Melanda Malaysia




ini bukan cerita pasal Global warmingini bukan cerita pasal Gurun, Kedahdan ini bukan cerita pasal tanda akhir zaman
ini adalah mengenai masalah kegurunan ringgit malaysiasejak hampir sebulan ni masalah ini amat memberi petanda

aku kena cari kerja hahahaha.

jika tida kau mungkin akan

mengalami kadar penurunan berat badan yang drastik
dalam beberapa minggu ini aku dah pun menurun sebanyak 5 kg
.......alangkah indahnya kalau hujan duit mcm ni....

so kepada sesiapa yang membaca
tolong tolong la klik iklan yang muncul.....
bagi mengatasi masalah kegurunan ni...

Saturday, April 24, 2010

NO SMOKING Please!!!!!

aku sekarang ni dah semakin tension dgn manusia dari kelantan ni... bukan nak racist ke apa tapi hidup dalam suasana yang very very uncomfortable ni amat amat menyiksakan aku.....

perkara pertama aku ni bukan seorang perokok dan aku mmg tak berapa suka dengan org yang merokok ni. so secara kesimpulannya aku mmg tension apabila dikelilingi oleh perokok. dan sekarang ni aku terpaksa hidup dalam keadaan bilik aku yang berbau rokok .....mmg tension aku.

kedua mmg diorang ni mmg jenis tak faham bahasa tubuh. mcm2 dah aku buat nak cakap supaya please jangan setinggan kat bilik aku.... aku rasa mcm merempat pulak tak secure kat bili sendiri... mmg pening aku....ada roomate dia pe gaduh dah tu nak merempat kat bilik aku dah bermingu minggu dah ni aku tension......

arrrhhhhh

Tuesday, April 20, 2010

Siapa nak Camcoder

hai ......
siapa nak camcorder
aku nak jual camcorder ranger aku ni ..
ok lagi
RM 250
rasanya masih ada waranty dalam 4 bulan lagi so sapa nakcall or msg aku di 013 2578739
or bg comment jer kat bawah ni....kalau nak runding harga pun aku on jer....

ni aku sertakan maklumat mengenai camcorder ni..
The RANGER DVGenius 890 Digital Video Camcorder has an enlarged 2.4" TFT LCD that enables a 270 degrees rotation. Other than a video camcorder, it is equally effective as a Digital Still Camera, MP3 player, Media recorder and a Voice recorder. The choice of display mode at 4:3 or 16:9 will allow you to enjoy the D1 Size videos recorded on your wide Screen TV. The DVGenius 890 delivers better and higher quality images with its 5.0 Megapixels CMOS sensor. With interpolation, you are able to acheive up to 11 Megapixels. With its expandable 4GB External Storage space, you can take as many pictures and videos anytime, anywhere!

Features:-
- 2.4" LCD Display
- Display Mode of either 4:3 or 16:9
- Support up to 4GB External Storage
- Image Stabilizer Technology
- Advanced Night Mode Capture
- AV Input
- Up to 11 Megapixels (Interpolated)
- MPEG 4 D1 Size
- MP3 player
- PC Web Camera

Included In Package:-
- Ranger DV Genius 890 Digital Camcorder
- Rechargeable Li-Ion Battery
- CD Driver
- USB Cable
- TV Out Cable
- Earphones
- AC Adapter
- User Manual

Sunday, April 18, 2010

Achik Spin dalam Kenangan


seorang lagi bintang seni hilang....
dulu-dulu aku mmg minat dengar lagu spin ni. sungguh tidak sangka ajalnya sampai awal. Alfatihah buat arwah.

Achik Spin meninggal kemalangan

Oleh Ziauddin Sharuddin dan Zubir Mohd Yunus
bminggu@bharian.com.my
2010/04/18


KERETA Toyota Estima yang dinaiki bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau nama sebenar, Murad Md Shari, 28, dan sepupunya Salihin Md Salleh, 29, terbakar selepas terbabas dan melanggar tiang papan tanda di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, petang semalam."

Achik
SEREMBAN: Bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, 28, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.


Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan penyanyi yang pernah membintangi beberapa filem dan drama mati di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Kejadian berlaku ketika Achik bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, yang duduk di tempat penumpang depan dalam perjalanan pulang ke Seremban 2 selepas selesai menjalani rakaman program Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Ketika ditemui di tempat kejadian, Salihin yang masih dalam keadaan terkejut memberitahu dia tertidur sepanjang perjalanan dan tidak tahu bagaimana kemalangan berlaku.
Achik" border="0">
“Apabila sedar, saya berada di tepi lebuh raya dan dalam kesakitan,” katanya yang patah tangan kiri dan kaki kanan sebelum dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Katanya, mereka bertolak dari pejabat perniagaan buku dan produk kesihatan milik Achik di Muar, Johor, kira-kira jam 7 pagi semalam ke Angkasapuri dan bertolak pulang ke rumah penyanyi itu di Seremban 2, kira-kira jam 4 petang.

Seorang saksi kejadian berkata, dia tiba di tempat kemalangan ketika kenderaan itu belum terbakar, manakala Achik dan Salihin masih berada di tempat duduk masing-masing, tetapi penyanyi itu dipercayai sudah meninggal dunia.
“Saya bersama beberapa orang lain menarik kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan ke tempat selamat. Tidak lama kemudian kenderaan itu mula terbakar dan api semakin marak," katanya.

Sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7.10 malam dan berjaya memadamkan kebakaran tidak lama kemudian.

Acik yang berasal dari Felda Sendayan, dekat sini menyerlah dalam bidang seni ketika bersama Kumpulan Spin melalui album Roda Roda Rindu.

Lagu Paling Comel dinyanyikannya bersama Nana atau Siti Nordiana Mohd Alias mendapat sambutan hangat peminat sehingga melonjakkan nama Achik dalam bidang muzik. Allahyarham juga pernah dinobatkan Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia Ke-17 menerusi filem Diari Romeo pada 2004.

Achik yang mengahwini HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, 29, pada 2005 kehilangan anak sulung, Puteri Rania pada 29 Mac 2007 ketika berusia dua bulan disebabkan masalah usus dalam perut.

Sementara itu, Rosezaitul atau Tasha yang dihubungi Berita Minggu, tidak mampu berkata-kata kerana masih terkejut mendengar berita sedih itu, sebaliknya panggilan dijawab seorang gadis yang mendakwa sepupunya, Nurul Fazarin Roseli, 25, memaklumkan mereka dalam perjalanan ke HTJS. “Maaf... Tasha tak mahu bercakap dengan sesiapa, dia masih terkejut bila menerima berita kematian Achik. Kami dalam perjalanan ke hospital kerana baru saja dimaklumkan bahawa jenazah akan dihantar ke sana,” katanya.

Sebelum kemalangan, Achik bersama Nana baru saja menjayakan persembahan bersama RTM yang disiarkan secara langsung menerusi TV2, iaitu program hiburan Gah 1. Mereka sempat mendendangkan lagu baru, Cari Ketenangan dan Achik sendiri menyanyikan lagu solo barunya, Engkau Yang Ku Cinta.

Usaha mendapatkan komen Nana mengenai kejadian itu tidak berhasil apabila dia tidak membalas kiriman SMS mahupun menjawab panggilan telefon.

sumber : berita harian online


Friday, April 9, 2010

Hidup Aku Mati Aku

Hidup aku malam ini dibawah terang cahaya bulan
Mati aku esok hari
kerana esok belum tentu aku temui
yang pasti kini esok bukan aku lagi

Kehidupan ini penuh benci
Benci yang aku benci
kerana benci itu benci
dan benci itu yang membenci

Ada...
itu yang pasti
tenggelam dalam keluhan malam
siapa yang tahu
menangis di dinihari
siapa yang sedar
entah hidup entah mati
siapa yang kesah
yang pasti
hari ini tak mungkin aku temui
....
lagi

Hidup Aku
Mati Aku
Siapa yang tahu.....
Yang pasti.....
Esok bukan seperti dahulu.....

Thursday, April 8, 2010

sssshhhhhhh.....

sssssshhhhhh.......

diam....

Aku.....

Ingin.....

Mati.......

Sunday, March 28, 2010

duit!!!!! try jer...


Salam..Tolong baca ni..1 sen pun tak payah keluar duit.
daripada korang on9 je, hasil pon xde, mesti BOSAN kan???
haaaa, nie die...sambil on9, sambil cari duit..
beri saya masa 5 minit je boleh? mari sertai saya di catcheyes
jom..
Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat
disini,
ya,mudah saja,klik2 iklan tak sampai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..
katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi
sehinggalah 4 level, tahu tak awak akan peroleh RM11 jika
sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda
peroleh RM11x10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..
banyak tu .. awak tak nak ke? ayohlah sertai saya..benda ni 100%
percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda
free xkan tak boleh ajak..
untuk maklumat awak,keahlian catcheye hampir
mencecah 30,000 orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan
penipuan..

Cara nak register:
1.klik link yg kt bwh skali...
2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting
sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)

4.Isi jawapan:
soalan 1 jawapan A (atas sekali),
soalan 2 jawapan B (yang tengah),
soalan 3 jawapan A (atas sekali).
p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5.klik agree and proceed..Ok siap

kemudian apa perlu buat?
1.klik sign in
2.lepas sign in klik reward panel
3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.
5.postkan risalah saya ni di blog,fs,fb,twitter,ect & emailkan kepada kawan2.
6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.
percayalah!sebab
benda ni 100% percuma

REZEKI TUHAN YG BG..TP,KITE KNE USAHA JGAK KN??
TGGU APE LG?? J0MLA J0IN.. =)
DAFTAR KAT LAMAN WEB BAWAH NI...
FREE JE...XTIPU

http://www.catcheye.com.my/?r=87755

Thursday, February 25, 2010

apa perlu di buat

Pada suatu hari, seorang lelaki bernama mat sedang berjalan jalan bersama rakannya min, mun, dan Mot. Tiba-tiba Mot nak balik ke rumah kerana dia nak study untuk final. maka mot pon balik.

Tinggallah Mat, Min, dan Mun sahaja yang berjalan-jalan menghayat permandangan kampung mereka. Semasa mereka berjalan tiba tiba datang seorang tua dan memberi Mat 3 biji limau.

Jika mat ambil limau tersebut dia akan?

A. makan 3 biji limau itu bersama Min dan Mun tanpa memberitahu Mot yg teringin nak makan limau.

B. bawa limau itu balik dan makan limau itu bersama Min dan Mun dihadapan Mot

C. memberi limau dia kepada mot dan biar dia putih mata sebab tak dapat makan.

D. makan limau itu sorang diri dan membiarkan Min, Mun melihat sahaja.

D. tak makan limau itu dan buang dalam tong sampah depan orang tua itu.

p/s Mat, Min, Mun dan Mot sememangnya hantu limau tahap langit ke tujuh.

Sunday, February 21, 2010

Noktah Cinta

Noktah Cinta..~~

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

After Holiday

baru balik dari holiday CNY kat penang....

bukan buat apa pun nak hantar barang jer....

tapi sekarang tak tahan dgn cuaca panas jer sekarang....

kepala pening dan tekak rasa loya-loya....

hadus pemulaan minggu baru yang tak berapa nak elok...

emmm....

Thursday, February 4, 2010

hari rabu aku...

Semalam bersamaan 030210 boleh diakatakan hari yang agak kenang kabut bagi aku....mana taknya malam (atau lebih merujuk kepada pagi ) menghabiskan masa di Fariz Maju dengan shisha...

mmg hari yang bengong bagi aku pagi tu... walaupun tak sehigh hailey yang tergelak bila high aku merasa jugak penglaman menghisap shisha. penangan dari pada tidak tidur tersebut menyebabkan aku melarikan diri lagi dari kelas DLM... agak mengecewakan...

petang itu pula lebih kurang jam 4 ptg aku mula bergerak keluar ke kajang untuk membeli dan mencari barang props teater.....mmg agak menyusahkan, mana tidaknya cari barang zaman 80an pada tahun 2010.... penat kaki aku jalan, yang aku dapat cuma pembalut hadiah dan kain langsir jer... then hari dah malam dan sebelum itu aku langgar perjanjian nak kurus aku lagi dengan ke KFC (dinner plate pulak tu) tapi aku agak kurang berselera malam tu tak tau kenapa...

then perjalanan nak kembali ke ukm semula bermula 8.30 mlm di pusat bandar kajang....dengan penat berjalan aku ke tempat menunggu bas... jam sudah 9mlm kedai dah mula tutup satu persatu..... then walaupun masih banyak kereta lalu lalang aku dah mula rasa takut.. mana tak nya aku sorang je situ pastu kedai kat belakang aku dah mula tutup lampu... jam 9.30 aku nampak beberapa pelajar ukm jugak ke situ.... (lega sikit). tak lama lepas tu bas sampai dan akau pulang ke ukm... (bas tu laju gila.....pastu boleh pulak pusiang ukm sampai ke pusat pengangkutan UKM yang kat belakang KKM tu...jam 10 mlm aku sampai bilik...

Plan asal aku nak ke latihan teater mlm tu tapi desebabkan aku dah penat sangat plus perut aku agak mengulas aku lari dari latihan ....(sorry guys..) rasa bersalah pun mmg ada la.... even hari tu masa aku lari g KL dgn nora pun aku dah risau jer.....

ok, bye....
p/s aku skrg addicted dgn citer The Big Bang Theory....hahahaha....

Monday, January 25, 2010

..............

Bosan..........?

Tension..............!

Kepala poning.........$

Sakit Gigi ............+ hati *

so ...................boleh bla

???????????????????

Sunday, January 24, 2010

Bicara Hani Tarmizi dan M Samad

Di sebuah cafe bernama Facebook hani sedang membuat sesi luah perasaan dengan kawannya. Di meja sebelah duduk M Samad yang sememangnya seorang yang agak bermulut celupar mendengar perbualan si hani yang sememangnya mempunyai suara lantang bercakap.

Hani : aku benci la, kenapa la perempuan suka menggatal dengan laki aku!!

kawan Hani : sbb laki hg bes (dengan selamba kodok buat lawak kepada hani yang tgh tension dengan lakinya)

hani : bodo. ak rimas, perempuan sarawak ni mmg gatai burit kot.. nak ambik sebijik aku mencarut.. geram wei aku, dengki kot aku kawin dengan laki aku

kawan hani 2 : ckp kat laki hang jangan layan.

Hani : laki aku tak layan, depa dok mai cari aku dok banyak soal kat aku la.

kawan hani : hang layan buat apa depa..buat tatau ja...

kawan hani 2 : mmg ada perempuan macam tu...aku pun pernah jadi .. tapi bukan husband aku la ..bf aku la ...mmg geram gila kot.. as long laki kau tak layan kau bersyukur la.. g mampus la sama perempuan tu..hate bitch.

kawan hani 3 : kau bagi pengajaran sikit kat perempuan tu biar dia sedar diri sikit.

kawan hani 4 : jaga elok2 husband tu, pasal perempuan tu jangan layan kerenah org terhegeh hegeh x tentu pasal.., yg tentu dia dah jadi husband kau..itu lagi penting..

Hani : thanks semua kwn2. tu la perempuan sekarang mmg gatai gedik mcm haram. kalau husband org lagi la dia dok syok mengacau. konon2 stabil ... tp perempuan sarawak kebanyakan nya slut and bitch.. dah la kampung, hutan pulak tu..benci aku....

M Samad yang terdengar kata2 itu terus masuk campur dan menjerit : org sarawak mmg tinggal dalam hutan.. come on hani support u..

dia menjerit lagi : org sarawak mmg suka tinggal dalam hutan ...mmg negeri mundur...


tanpa mereka sedari kesemua mengunjung cafe tersebut merupakan org sarawak yang pada masa itu panas telinga mendengar perbualan dan perbuatan kurang ajar hani dan m samad yang mengutuk negeri mereka...


................................

pengajaran dari cerita ini jangan suka hati sedap mulut je cakap biar ada penapis baru mulut tak busuk sangat....

kepada hani dan m samad hope korang dapat pengajaran dari kutukan org sarawak kepada korang jangan cakap main lepas mulut jer....


satu lagi kepada sesetengah orang semenanjung yang masih lagi tak terbuka...please tolong jaga mulut tu kalau nak kutuk negeri tertentu, kalau marah pun kat mana2 citizen negeri tu jangan benci satu negeri nanti padah akibatnya.....

kami org Sarawak sik tinggal dalam hutan...






Wednesday, January 20, 2010

Serangan bom rosakkan nama Malaysia


Mengulas mengenai isu serangan bom bersekala kecil di gereja sekitar lembah klang dan beberapa tempat lain di sekitar malaysia telah menyebabkan wujudnya ketegangan dikalangan warga malaysia dan menjejaskan imej Malaysia di mata dunia.

Dakwaan menyatakan bahawa serangan terbabit mungkin disebabkan oleh ketegangan mengenai isu penggunaan nama ALLAH bagi orang bukan Islam. Namun begitu tindakan sebegini langsung merosakan nama Islam dan Malaysia itu sendiri.

Oleh itu, saranan saya kepada rakyat malaysia supaya tidak terlalu gopoh mengenakan tindakan sebegini. Hal ini kerana keadaan huru hara menyebabkan rasa kurang selamat oleh orang luar terhadap negara akan menjejaskan ekonomi negara. manakala saranan juga kepada rakyat malaysia supaya tidak berprasangka buruk terhadap kaum dan bangsa lain kerana pihak luar boleh melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan nama baik Malaysia.

berkenaan beberapa isu yang wujud atau diwujudkan, saya berharap agar kita bertindak dulu sebelum berfikir kerana tindakan yang tidak rasional dapat menyebabkan rasa kurang selesa dikalangan kaum di Malaysia.

Sesungguhnya dengan rasa percaya kepada seseorang itu mampu mewujudkan keamanan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Tuesday, January 19, 2010

Satu Malaysia

Salam..

aku bukan nak cakap pasal 1 malaysia ni
or
nak memprovok isu perkauman di malysia ni tapi aku cuma terjumpa gambar ni..


perkara pertama yang korang fikir pasal gambar ini apa?

aku bukan nya apa saje nak mengingatkan sesetengah orang yang masih lagi tidak merasa east malaysia and west malaysia are not Malaysia. kebanyakan mereka perpendapat bahawa Malaysia adalah semenanjung dan Sabah dan Sarawak adalah entiti lain. eeemmm

saje je, walaupun hari ni bukan 16 sept dan bulan kemerdekaan masih jauh saje je nak tulis benda ni..hahaha

btw aku kami rakyat sabah dan sarawak sekarang ini bergembira dengan tercapainya hajat untuk memperingati 16 sept sebagai Hari Malaysia..

harap dengan teriktirafnya Hari Malaysia sebagai hari cuti negara rakyat malaysia akan memperingati why we are call MALAYSIAN not MALAYAN(agak racist...sorry)

P/s post ni bukan nak mewujudkan perbalahan antara semenajung dan east malaysia ek. cuma nak mengigatkan kita tentang apa itu MALAYSIA

Friday, January 15, 2010

Aku Superman ?

Aku Superman


haha kontroversi punya title...
sebenarnya aku cuma nak cakap yang aku rasa penat sangat hari ni
letih sangat..

then teringat pulak pasal gerhana matahari yang berlaku hari ni...
so secara kesimpulan yg aku buat

perkara 1 : aku lemah hari ini

perkara 2 : superman lemah bila gerhana

perkara 3 : hari ini gerhana

kesimpulan : Aku adalah superman

hahahaha

Thursday, January 14, 2010

manusia semua sama....

mcm marah je bunyi nyer... sebenarnya tak marah pun cuma sedikit terkilan dengan sikap masyarakat sekarang yang selalu pandang serong kat org lain (aku pun kadang kadang buat juga benda ni).

Sebangai seorang manusia kita kena la tau menerima org lain seadanya melainkan dia sememangnya perangai mcm hanjing.... hahaha (mencarut sekejap)

tp yang sebenarnya yang ini aku cakap kat sini "everyone deserve to be treat like a human being" (klu salah grammar ke vocab ke ckp ek aku bukan pandai ckp inggeris ni try je). ye lah kan seteruk teruk org pun pun masih manusia. mereka punya hati dan perasaan. walaupun kita tahu benda yg org buat itu salah cuba la bimbing dgn baik bukan hina terus. man tidak org mcm tu makin terjerumus.

aku mmg kerkilan dengan org mcm ini. "org yang anggap diri dia org bagus dan org lain jahat."
contoh paling ketara org bertudung memaki hamun perempuan freehair. tindakan mereka sebenarnya agak kasar dan menyebabkan budak freehair ni makin tak ingin bertudung. kan lebih elok dan sopan kita bimbing dia org dgn perlahan-lahan until them menerimanya.

satu lagi contoh paling ketara...menghina pondan dan lelaki lembut.
mereka ni merupakan manusia yang perlukan bimbingan bukan hinaan dan makian. mereka pun manusia jugak. kita tak boleh diskriminasi mereka. tp kalau betul kita tak suka mengapa kita tak usaha nak ubah mereka dengan cara yang membolehkan mereka berubah. bukannya kita halang mereka buat tu buat ini. nanti dia akan mencari perkara yg lain untuk dibuat dan mungkin benda tu lebih teruk.

ok lah, dah panjang akau mencarut ni, kesimpulanya kita tidak seharusnya menghina org lain atas kekurangannya krn kita juga bukan manusia yang sempurna....

"org yg menghina org lain sebenarnya menghina diri dia sendiri"

sama-sama lah kita menjadi org yg lebih baik...

Friday, January 8, 2010

TERSIKSA AKU MELIHATNYA

aku tak tau la sejak kebelakangan ni rasa mcm ada sesuatu dlam hati...
tapi kenapa harus sekarang bukan dulu masa masih dapat bersama
gila aku dibuatnya...
setiap kali melihat dia rasa seperti luruh jantung
ingin dicapai
namun dia sudah terlalu jauh
jauh untuk digapai kembali

Aaarrrhhhhh....
benci kenapa bukan dulu aku merasanya...
kalau aku sedar akan aku genggam tak lepaskan...

Amarah, tamgis dan gembira aku
mana satu
haruskah ku biarkannya pergi....

Wednesday, January 6, 2010

Blurr Blurr Blurr......WAKE UP

Tak tau nak ckp apa, sejak masuk U ni mcm2 yg mengubah aku tapi aku tetap mcm dulu tak berubah, malah lebih teruk....

Aku selalu ckp pd aku sendiri ....percaya diri, jangan lari dari masalah, jangan malas
Tapi yang aku buat sebalik nya...(bodoh kan)

kadang kadang aku cemburu dengan org lain sekitar aku....
kadang kadang aku malu dgn org lain
kadang kadang aku rasa labih baik mati je dari hidup menyusahkan org....

Tapi

perlu ke aku cemburu dan cemburu
perlu ke aku malu dan malu
perlu ke aku mati dan tinggalkan janji kpd ALLAH S.W.T yg aku akan terus hidup di bumi...

DAN

aku terhenti

aku dengar "mungkin kita tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi yang lebih baik"

aku baca " kalau nak jadi yang terbaik kena jadi baik dulu"

aku lihat " orang ingat kita bila kita ingat orang"

SO

Hidup ini mmg p***t
Tapi esok kan masih ada

dan esok itu tak akan ada jika
kita tak bangun sekarang...