iklan

Saturday, November 23, 2024

Kebah Demam

Seperti kebiasaan rakyat Malaysia mula pengunjung tahun maka bermula lah juga musim tengkujuh timur laut yg selalunya akan membawa hujan dan panas yg tak menantu.
Maka dengan itu juga musim org sakit batuk Dan selsema juga bermula. 

Aku juga tak terkecuali terkena serangan demam dan selsema. Yg paling tidak disuka ialah rasa lemah pening Dan batuk yg tak terawal. (dah nama pun sakit).

Khamis 14/11/2024 aku mula rasa pening dan panas badan. Nak kerja pun dah mula tak larat. Maka esoknya aku decided untuk ke klinik untuk jumpa Doctor.

Untuk pengetahuan ramai Klinik pada hari jumaat tidak lah sesesak pada hari lain maka mudah untuk aku datang tanpa perlu buat appointment kat mysejahtera.

Datang KK Bandar Baru Bangi. Terus boleh masuk. 
Jumpa Doctor. Baik dan cantik. Diagnose Demam selsema then dapat MC. 
 Siap - beli Nasi Ambeng
Balik makan. Then tidur tak ingat dunia. Berselubung saja sebab badan panas tp rasa sejuk. 

Sampai ke hari ini masih rasa pening pening ni.