iklan

Saturday, November 23, 2024

Kebah Demam

Seperti kebiasaan rakyat Malaysia mula pengunjung tahun maka bermula lah juga musim tengkujuh timur laut yg selalunya akan membawa hujan dan panas yg tak menantu.
Maka dengan itu juga musim org sakit batuk Dan selsema juga bermula. 

Aku juga tak terkecuali terkena serangan demam dan selsema. Yg paling tidak disuka ialah rasa lemah pening Dan batuk yg tak terawal. (dah nama pun sakit).

Khamis 14/11/2024 aku mula rasa pening dan panas badan. Nak kerja pun dah mula tak larat. Maka esoknya aku decided untuk ke klinik untuk jumpa Doctor.

Untuk pengetahuan ramai Klinik pada hari jumaat tidak lah sesesak pada hari lain maka mudah untuk aku datang tanpa perlu buat appointment kat mysejahtera.

Datang KK Bandar Baru Bangi. Terus boleh masuk. 
Jumpa Doctor. Baik dan cantik. Diagnose Demam selsema then dapat MC. 
 Siap - beli Nasi Ambeng
Balik makan. Then tidur tak ingat dunia. Berselubung saja sebab badan panas tp rasa sejuk. 

Sampai ke hari ini masih rasa pening pening ni. 

Wednesday, October 19, 2022

life update

 hi semua, itsme again. 

sudah lama kita tak bersua. sejak kebelakangan ni banyak benda dah berudah dalam hidup aku. 

sejak dah mencapai usia 30an ni terasa dunia ini semakin sunyi. 

mungkin aku akan cuba cerita tentang kesihatan mental yang aku hadapi. 


right now, aku still cuba untuk tangani masalah ni. 

kau boleh cuba tipu diri sendiri tapi akhirnya kau sendiri yang merasa lagi teruk dan lagi tertekan.

Thursday, September 15, 2022

 

 

 Hello I'am Back

Wednesday, July 21, 2021

Heart ache

 Hi. Dah lama tak berjumpa dalam ni. 

Kadang2 aku cuba nak hidup seperti orang lain. Just a normal human being. Nak ada girlfriend semua. 

Tapi. Aku juga tahu aku bukan seperti org lain. My social conduct dgn org boleh kata teruk. I try to be someone else. It is because i dont know who my self. 

Just got my vaccine lately. Again sorang sorang. Bak kata dalam hati aku kuat. Boleh je jalan hidup sorang2. 

Sejak kebelakangan ini mememg life been hard on me but I took it positif. 

Tp dengan duduk sorang2 raya haji ni. An i really miss my late mom. Suddenly its all hit me yesterday. 

Seperti org lain aku nak je kan bila ambik vaksin bergambar kat tempat yg org selalu bergambar tu. Then it really hit me hard. How alone i am. Seeing everybody have someone to hold camera but not me. 

All the past how alone i am just come and hit me hard. 

I decided to take a sit and collect my self. But it became worst. 

Thinking about how i used to came to that U alone without my family. How i used to be ignored and left behind by my friend. How everybody can succeed and yet i still lost. 

My eyes start to teary and i start crying my heart out. ALONE. And ALONE. AGAIN and ALWAYS. 

So i cry hard uncontrollable. I put on helmat to cover my crying face. And i thought were should i go. I need to fix this. 

Maybe i could go to someone just to cry. I dont want to cry alone. 

Maka aku terus pergi ke rumah dia. Dengan harapan dapat tumpang menangis. 

Aku menangis dari tempat vaskin tu sampai depan rumah dia. But...

But....

Bila kau tengah dalam keadaan helpless no one could give a hand. 

No one could give a shoulder for me to cry. 

I just need someone.

When the tear dry out. 

All it left was a harden heart. 

Broken in to pieces. 

Its just proved that...i am really ALONE. 

My be i just get out off everybody life. And be alone till death take me. 

I know with the condition like me i am not going to live long. 

So sorry if i am couldn't be the best for everyone. 

Mungkin dia memamg tak nak aku dalam hidup dia. 


Thursday, November 9, 2017

Bila Nak Mula Balik?

Salam semua. 

Dah lama tinggal kan dunia blogger ni rasa pelik pula bila start taip post baru... hahaha

So, sebab utama nak mulakan blogger ni balik adalah sebab nak keluar dari hibernasi dan isolisasi kepada dunia maya dan realiti. 

Dah lama aku nak berkecimpung dalam dunia penulisan ni baik dari segi penulisan blog mahupun penulisan novel/cerpen dan bla bla bal... cewah skema la pulak. 

ok guys. 

for the truth. kau buat post ni pun hentam kromo saja. sebab nak bagi konsisten tulis post blog. 
tak kisah la nak tulis pasal apa kan yang penting kita mulakan hidup baru dengan Bismillah dan Istiqamah. (Dah jadi Ustad pulak dah hahah) 

officially aku mulakan langkah baru bersedia untuk berlari.  

BismillahhirRahmannirRahim




Monday, October 17, 2016

ReView : Joy (2015)

ok aku mmg aku labat nak tgk cite ni...
Since aku terlepas tengok kat panggung tahun lepas. so aku tunggu je la keluar Blueray... hehehe

ok aku dapat tahu cerita ni pun dari hypptv on demand.

lama jugak aku tunggu nak tengok cite ni walaupun dah lama aku download. hehehe

so malam td kau tgk.


JOY 

ok cerita ni mengisahkan pasal perempuan bernama joy ni (Jennifer Lawrence) yg merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anak. 

Kisah bermula dengan narrator mencerita kan kisah Joy semasa kecil. yg menariknya narrator cerita ini adalah neneknya. 

neneknya selalu memberi harapan kepada joy untuk menjadi perempuan yang berjaya ketika dewasa kelak. namun apabila dewasa Joy gagal mendapat kebahagiaan yang selalu diidamkan ketika masa kecilnya. 

Joy yang masih tinggal serumah dengan bekas suaminya walaupun sudah bercerai 2 tahun. menjaga kedua ibu bapanya walaupun ibu dan bapanya sudah bercerai dan bapanya selalu mencari girlfriend baru. Joy mengalami tekanan dalam hidupnya kerana semua masalah terpaksa dia tanggung seorang. dia bekerja sebagai akauntan di kedai membaiki kereta bapanya disamping membuat kerja sambilan lain. 

hidupnya mula berubah apabila Joy tersedar dari mimpi yang mempersoalkan kehidupanyan yang bermasalah disebabkan sikapnya yg suka memendam perasaan kepada dirinya seorang. 

Joy mula kehidupan baru dengan cuba membina "mop perah sendiri". dengan modal dari kekasih bapanya. Joy cuba merealisalikan idea mopnya. 

namun hidupnya tidak terrus berjaya dengan satu perubahan kecil. Mop nya tidak mendapat sambutan.kerana tiada siapa yang mahu membeli mop yang pelik ciptaannya. 

walaupun bekas suaminya disisihkan dari projek mereka dulu tapi hubungan mereka lebih baik daripada semasa mereka berkahwin bah kata neneknya. 

bekas suaminya memperkenalkan Joy dengan neil yang merupakan penerbit iklan product.(mcm smartshop tu) 
Neil mula menerakan peringkat bagaiman proses pengiklanan dan bagaimana pengacara akan memberi impak kepada pembeli untuk membeli customernya. dan berjanji product Joy akan laku dan menyuruh joy menyediakan tempahan 50000 unit.

namun apabila iklan itu dimulakan pengacara tersebut gagal menunjukan penggunaan mop tersebut dan dikira gagal. joy berhutang 200 000 kepada kekasih bapanya dan terpaksa mengadaikan rumah nya.

Joy yang berang dengan Niel menyerangnya kerana Neil gagal menjanjikan apa yang sepatutnya berlaku. Joy bertindak untuk menjadi pengacara itu sendiri. Joy berjaya mendapat tempahan yang tinggi.

Namun masalah timbul apabila pengeluar bahannya mopnya meninggikan harga.

OK Korang boleh tengok sendiri debaran klimak cerita ni. Sila Tengok Ok



Pengajaran yang aku dapat dari tengok cerita ini adalah jangan pernah menyerah atau berputus asa. apa yang anda rancang tak semestinya apa yang akan terjadi. Tapi jangan pernah berhenti dari terus bertindak.

Setiap yang kita idamkan tak akan datang bergolek. Usaha itu penting dan jangan terus berhenti dari melakukannya.

Banyak rangsangan positif yang anda akan dapat dari menonton cerita ni. lagi lagi kalau anda dalam bidang peniagaan yang sememangnya penuh dengan risiko.

Ok bos. Semoga anda dapat menjadi lebih postitif dari cerita ini. Ok Bye.

# 6/10 bintang
#film motivasi