sebuah teater musikal arahan eirma fatimah yang sudahpun berlansung di istana budaya pada 9-22 mac yang lepas. walaupun persembahan bermula pada 9 mac, kami sebagai pelakon extra turun pada 21 feb lagi bagi menjayakan persembahan ini. walaupun perubahan jadual banyak berlaku, kami terpaksa akur kerana tanggungjawab yang terpaksa digalas dalam memberikan persembahan yang terbaik.
istana budaya
bermula dari 21 feb sehingga ke 22 mac itu memeng memenatkan bayangkan malam aku hanya kat IB jer penat tapi suka. aku pun tak tau kenapa. maybe dapat kenal dgn artis besar. secara dekat. sejak dari 21 feb itu lagi mcm mcm halangan yang dirasa tidak terkecuali terperangkap dalam trafik jam selama 4 jam sehingga kan kita sampai ke IB dlm kul 10 mlm and kita terus jer masuk scene. mcm biasa la muka kak erma suram la malam tu sebak ramai banyak lambat sampai sebab jam. lepas tu pulak beberapa hari sebelum show aku diserang selsema dan batuk, oh tidak bukan tun jer kaki aku pulak terseliuh dan mcm mcm lagi. tapi aku tabahkan hati unuk sirah junjungan. aku dan latta uzza
" ya rasulullah, ya rasulullah"
itu la dialog aku terpaksa ambil alih, dialog ketibaan nabi di madinah. selepas aku deserang batuk itu aku semakin sensara untuk belakon. aku terpaksa berlakon dalam lakonan. suka duka silih berganti sehingga tiba 22 mac last day. hari tu tak tau kenapa semangat sangat, maybe sebab itu lah persembahan terakhir sirah junjungan 2 di istana budaya. tapi mlm itu aku seronok sangat walaupun aku tak g dinner kolej aku. tapi aku puas hati sbb aku dpt mkan banyak mlm tu seperti yang dijanjikan oleh kak erma. dalam kegembiraan itu ada perasan sedih kerana terpaksa berpisah dengan semua produksi sirah junjungan. tapi tak apa. setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan 22 mac merupakan perpisahan aku dengan SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA 2 semoga bertamu kembali.
selamat tinggal Sirah Junjungan walaupun dalam suka duka dan sakit peri, aku gembira dapat bersama menjayakan teater musikal ini.
No comments:
Post a Comment