iklan

Tuesday, April 14, 2009

Nyepi - bab1 part 2

Bab 1 part 2 - sekeping nota

malam itu hafiz terbaring keseorangan, cuba memejam mata yang masih tidak mahu lena. kadang kadang terlintas dikepalanya akan kehidupan hariannya.

"bosan" getus hatinya. malam itu, hujan turun lagi. memeng sudang dijangka bulan peralihan angin monsoon ini hujan sering kali turun untuk menambahkan kesejukan malam. orang kata masa hujan ini lah paling mudah untuk dibuai lena namun entah mengapa mata hafiz seakan akan sukar selain utuk terlelap.

rintis hujan seakan satu melodi yang menyegarkan mata hafiz. melodi indah yang dibawa bersama dengan dentuman guruh dan kilat umpama alunan rentak sebuah pancaragam.

jam menunjukan pukul 2.30 pagi. hafiz bingkas bagun lalu terus menyarungkan seluar dan terus keluar dari biliknya. kepalanya terasa berdenyut kerana sudah beberapa hari dia tidak dapat tidur.

"mimpi itu, ya semuanya berasal dari mimpi itu." hatinya masih terus memikirkan mimpi pelik yang selalu dialaminya. tambahan lagi suara suara halus yang seakan menghantuinya menyebabkan dia semakin rungsing. dia mengeluarkan syiling yang selalu dikumpulnya bagi memenuhi tabiatnya yang selalu meneguk minuman berkabonat pada awal pagi. dia duduk di bangku di luar kawasan ruang legar kolejnya bagi menenagkan jiwanya yang kacau. sekali sekala dia meneguk air itu. tiba tiba sekilas suara seakan berbisik kepadanya.

"masanya sudah tiba..."

"masanya sudah tiba... "

"hafiz! kau buat apa pagi buta ni." suara seorang lelaki menegurnya.

"oh abg, baut apa kat sini"

"eh, aku tanya dia dia tanya aku pulak." abg idham masih menuntut jawapan dari aku.

"tgh tenagkan kepala ni bang tension sangat sejak kebelakangan ni."

"hafiz, ini ada something org kirim kat kau."

"sapa yang bagi kat abg."

"entahlah, tadi dia cari kau kat bilik kebetulan abg lalu kat situ abg ckp la yg kau tak balik lagi. lepas itu dia suruh bagi benda ini kat kau." kata abg idham sambil menghulurkan sampul itu kepada aku.

"apa dia kata" tanya abg idham ingin tahu.

hafiz terdiam. matanya terbeliak melihat tulisan itu.

"hafiz kau kenapa ini" abg idham terus menghampiriku dan melihat kertas itu.

"masanya sudah tiba...."

bersambung......

1 comment:

Hailey Tereso Francis said...

hmm,.....mnariklh cerita ko nie zirin....sambung cepat!!!