iklan

Saturday, November 14, 2009

Fly to the North

hahaha...
aku dah meninggalkan UKM dan sekarang berada di LCCT untuk terbang bersama Air Asia.(bukan nak promote ekkk... mlm ni jugak akan berlangsungnya mlm perasmian Alumni teater Rimba so good luck kpd sesiapa yang terlibat buat yang terbaik tunjukan pada alumni kita mampu bangkit....

dengan terbangnya aku ke utara ni bermakna dunia maya internet aku akan tamat...
so selamat tinggal facebook,
selamat tinggal blog ....
wawa 1 bulan lebih tak da....

so jumpa balik pada 21 dis 2009....

bye..,bye

Monday, November 9, 2009

World's Greatest Dad


hari ni aku exam pengajian konflik Antarabangsa...
sungguh sungguh ........pening.
dah la kena duduk depan pastu kosentrasi terganggu dengan lalu lintas pengawas peperiksaan kat depan aku.......ini merupakan satu benda kau tak boleh tahan masa exam tadi nasib baik aku tak jerit boleh diam tak....

ok, balik exam aku g ktho ingatkan nak mkn tapi semua lauk dah habis so balik la ke kolej ku yang tercinta.....beli makan (bungkus). Pastu balik bilik bukak Laptop buka cite ni...
Ok kita teruskan dengan review cite ni...

Eeemmm...
Tajuk dia World Greatest Dad's. genre komedi (wikipedia). tapi aku tengok cite agak bosan la kalau tengok ramai ramai sebab dah la bahasa agak kasar citenya pulak agak gelap, suram dan SLOW...

Citenya mengisahkan Lance (Robin Williams) yang merupakan seorang bapa yang ada anak yang bermasalah, teruk dan sex-maniac. namanya Kyle ( Daryl Sabara)benda yang dia paling minat ialah ****** (sorry kena cut sbb lucah). ok sepanjang Kyle ni hidup dia tak pernah bersyukur ada bapa mcm si Lance ni. Bapa dia pulak seorang penulis novel, cerpen, buku kanak-kanak tapi semua kena reject oleh penerbit.

So suatu hari, lepas lance, Kyle dan Claire (skandal Lance yang kaki duda). selepas Lance hantar Claire balik dia jumpa Kyle dah mati sbb terjerut kerana masturbate. (bodoh gila). so sbb bapa dia kesihan kat anak dia, dia buat keadaan separti anaknya bunuh diri akibat stress. pada mulanya semua org tak kisah pada mereka berdua ni sbb mereka berdua ni tak popular langsung. namun selepas surat bunuh diri Kyle masuk surat khabar sekolah semua orang mula suka si Kyle ni. selepas tu Lance jadi popolar dan dia tulis pula jurnal si Kyle dan menganggap bahawa ia tulisn Klye.

namun Lance rasa bersalah selepas Andrew ckp bahawa cerita Kyle yang dia tulis tak sama dengan KYle sebenar. untuk pengetahuan korang Andrew ni satu-satunya kawan Kyle ni. so last sekali Lance mengaku bahawa dia buat semua cerita tu. dan semua org tak suka pada dia lagi...kecuali Andrew dan jiran Lance yang menjadi tempat andrew mengadu sebelum dia famous.

ok, cite ni bukan best sangat pun. tapi makna cerita ni sampai. Sebab dia megisahkan pasal realiti yang bukan semua orang baik pada kita dan satu lagi yang dia cuba sampaikan ialah kebenaran tentang dunia persahabatan dan kepercayaan. kadang kadang selepas kita dapat apa kita nak kita selalu lupa dengan siapa yang menolong kita masa susah. dan satu yang paling aku suka ialah bagai mana dia mengungkap pasal kesepian.

"i use to thing the worst thing in life is end up all alone, it's not. The worst thing in life is to end up with people who make you fell all alone."

ok tu jer. aku bagi cite ni 2 setengah bintang jer sbb bosan tapi cite yang bagus jika dilihat dari segi maksudnya...

ok bye

Sunday, November 8, 2009

Cerita HANTU PALING SERAM........

baca je la ..... aku dapat dari member kat FB


seronok tak.....

500 Days of Summer


hai.... mana nak mula ek....
ok mlm ni merupakan mlm perlawanan Akhir Piala Malaysia and Kelantan KALAH 1-3 kpd NS...(hihi tak baik tau)
ok mlm or pg ni aku bukan cita pasal kelantan kalah. Aku pun bkn suka sgt pun bola cuma roomate aku gila bola biasa la budak KELANTAN. (jgn marah ya org kelantan.... gurau je.

ok stop talking about Kelantan....
now , tujuan aku post ni sebenarnya nak cite sikit pasal film yang baru aku tengok ni iaitu korang pun tau kan '500 Days of Summer' (or tak???

cite ni agak menarik bagi aku kerana mcm lain dari lain not a love story but tell about man and woman relationship..... of course aku tak pernah BENCINTA tapi in some way ada benar nya cita ni.

Cite ni mengisahkan Tom Hanson (Joseph Gordon-Levitt) yang berkerja sebagai penulis greeting Card yang jatuh cinta dengan Summer Finn (Zooey Deschanel) yang menjadi pembantu boss si Tom ni. sepanjang pertemuan mereka Summer menyatakan dia tak inginkan 'hubungan istimewa' tetapi dalam masa yg sama dia melayan tom seperti di sukakan tom... so tom utk nak jaga relationshipnya yang mereka anggap sebagai 'casual' dia pun ikut jer la. tapi hubungan mereka mula retak apabila tom bergaduh dengan seorg lelaki yang nak cuba takle si summer ni dan ini menyebabkan summer marah tetapi masih melayan tom seperti dulu. tidak berapa lama selepas itu mereka berpisah dan Summer ni berhenti kerja kat company mereka.... tom yang frust sgt tak dapat buat kerjanya dgn baik dan seberapa lama hidupnya terumbang ambing... akhirnya dia mengammbil keputusan untuk berhenti mencari mengejar cita citanya untuk menjadi arkitek... dan pada hari ke 500 mereka betul betul berpisah dan tom berjumpa dengan wanita lain semasa nak g interview dan namanya ialah Autumn ...... (mcm signifikan jer nama...)

ok yang aku suka pasal cite ni ialah how pengarah dia menggarap cite ini menjadi menarik. kita tak tau apa yang terjadi dan cite betul betul tunjukan satu relationship yang reality dan bukannya kisah cinta yang org selalu dambakan. dan cite ni jugak menunjukan putus cinta bukanlah pengakhirnya dan kita bukan pertemuan itu bukan satu ketentuan tetapi satu kebetulan yang ditentukan .....(apa aku ckp ni)

ok la kalau korang nak tau lebih... gi la tengok sendiri baru korang boleh menilai.... tapi bagi aku cite ni agak ok jugak sbb lain dari lain... (tak mcm cite melayu yang mcm tu jer jalan nya lagi lagi cite Prof madya dan Yusof haslam tu...)

ok cite ni aku bagi 4 bintang. (sbb ada impak dari cite skrip 7707 yg tak de impak langung)