iklan

Saturday, September 4, 2010

Jauh Jalan Aku Malam ini.............

Adam melihat jam pada telefonnya. sudah pukul 10 malam. Adam cuba melihat jika ada lagi pelanggan yang ingin membuat pembelian. dari jauh kelihatan seorang makcik dengan anaknya membawa beg plastik datang menghampiri.....

"Encik ada jual cadar single tak? saya nak sekali dengan sarung comfeternya..."
"Cadar yang single ya.... biar saya cuba lihat dulu...." Adam terus mencari cadar tersebut dan menunjukkannya kepada makcik tersebut. setelah selesai membuat pembayaran adam tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada makcik tersebut.

Ada melihatjam nya kembali. Pukul 10.20, oh tidak sudah lambat walaupun store itu akan tutup pukul 10.30 adam dibenarkan keluar awal untuk mengejar bas yang selalu sesak dengan penumpang.....

adam menutup lampu dan bergegas keluar. setelah sampai di hentian bas adam menunggu adak lama sambil mendengar lagu Maher Zain bagi menenagkan hatinya yang risau ketinggalan bas...

Jam 10.45. bas ke UKM sampai dan adam cuba memberi isyarat berhenti namun bas tersebut terus berlalu disebabkan penumpang yang penuh.

Kesal dan kecewa adam nekad untuk meminta bantuan dari kawannya namun tiada balasan. tanpa berfikir panjang kerana takut terlepas lagi adam bergegas ke station komuter terdekat... walaupun perjalannya agak memenatkan dan menyakitkan kaki adam yang sudah lama berdiri semasa berkerja tadi namun langkah tetap diteruskan...

sesampai di Stesian Komuter adan mendapatkan tiket dari mesin tiket kerana kaunter tutup. kala menunggu komuteryang mengalami kelewatan adam mendengar kembali nyanyian Maher Zain yang memuji tuhan dari lirik lagunya. ternyata Lagu itu begitu dekat dihatinya seperti mana masa berbuka puasa petang tadi sambil menyaksikan mata hari terbenam bersama sebotl mineral dan sebungkus Burger.....

Adam terkejut dari lamunannya ketika kereta api ke Singapura sampai di stesen. adam cuma mampu terduduk di kerusi yang desediakan. keadaan Stesen agak lengang setelah penumpang ke singapura bertolak. Hal ini berbeza sekali dengan keadaan dalam komuter yang tiba sebentar kemudian.

Sesampai di Stesen UKM adam turun bersama penumpang penumpang lain. Sememangnya Stesen UKM agak ramai orang yang akan turun. keadaan agak sesak. dan adam menenagkan diri dan bergegas keluar dari stesen tersebut lalu terus memulakan langkah meniti tepian jalan menuju ke ukm.

Dalam masa itu adam melihat telefonya lagi untuk memastikan pukul berapa dia sampai. namun adam melihat terdapat miscall dari kawanya. lalu dengan segera dia menghubungi temannya itu.

dari perbualan itu adam mendapat tahu temannya keluar makan malam seberti biasa. walaupun agak terasa namun adam cepat cepat menghilangkan rasa tersebut kerana baginya temannya itu sudah banya berbudi padanya. dan adam meneruskan perjalannya ke ukm.

Setelah sampai ke bilik adam segera menyuci badannya akibat perjalanan yang jauh yang terpaksa adam harungi. Dan selesai mandi adam menulis post ini untuk mengingatkan ia pada perjalanan nya jang jauh malam ini.

No comments: