iklan

Friday, December 10, 2010

GIE review

GIE...(2005).Aku amat tertarik dengan cerita ini apabila aku terjumpa dengan lagu Donna Donna yang turut didendangkan di dalam filem ini. Bagi aku, Kayra ini agak berat bagi penonton malaysia secara ringkasnya. hal ini bukan bermakna filem ini tidak berjaya.. Bagi aku filem ini berjaya mengusik jiwa aku sebagai pencinta filem walaupun aku semamangnya jarang ini menonton filem dari negara jiran ini.

Melihat kepada corak penceritaan filem ini aku sememangnya amat teruja melihat kretiviti pengarahnya dengan gambaran yang menarik dan tona gambar yang baik. selain ini aku sememangnya tertarik dengan gaya penceritaan yang banyak simbolik nya.... sama seperti yang cuba digambarkan oleh Yasmin Ahmad dalam filemnya...

Namun begitu, gaya yang berat dan sarat dengan makna ini kadang kala sukar untuk sebialangan penonton untuk bertahan dengan tempo cerita yang agak lambat. tambahan lagi dengan penerangan sejarah indonesia yang kelihatan agak gelap dari sudut pandangan cerita ini.

namun bagi pencinta filem seperti Aku, aku memberi 5 bintang untuk filem ini....

2 comments:

noralina said...

border picture ko dah cantek...tp slack satu - tong sampah.

Moharin Mukriz said...

tong sampah tu la simboliknya.....klu tak mcm gambar biasa biasa saja...