iklan

Tuesday, March 17, 2009

Hilang, Takut, dan........Lari

sememangnya sudah menjadi sifat manusia untuk berlakon didalam dunianya sendiri, aku sendiri pun tak tau tapi sejak kebelakangan ini aku semakin sedar akan wujudnya suatu dunia yang bukan menjadi kebiasaan ku. dunia yang telah terbuka hijabnya..

Sejak dari itu aku kian sedar siapakah aku di dunia ini. namun dalam pada itu wujud pula anasir anasir kekeliruan yang sentiasa mengganggu manusia yang keliru.

tatkala itu wujud juga keadaan emosi yang turut mencemar dan menyuburkan keadaan pemikiran seseorang dalam membuat keputusan. kenapa "mencemar" dan "menyuburkan"? hal ini kerana wujudnya kebaikan dan keburukan emosi tersebut yang sentiasa berlegar mempengaruhi pemikiran manusia.

hari ini aku hilang lagi, suatu perasaan yang aku tafsir bagi aku untuk hilang penguasaan terhadap minda aku sendiri dan dipengaruhi oleh gerakan emosi yang wujud. ini bukan nya wujud dengan sendirinya kerana ianya bukanlah suatu perkara yang muncul secara tiba tiba. aku percaya setiap yang berlaku didunia ini ada sebabnya. suatu bentuk peasaan yang wujud untuk menghilangkan diri itu wujud kerana kesilapan dan kelemahan ku. yang menimbulkan TAKUT untuk menghadapi masalah.

walaupun aku sering kali berani dalam setiap keadaan tetapi aku sering kali tewas dan kalah kepada KESALAHAN. suatu benda yang aku masih takuti. walaupun sebenarnya kesalahan itu tidak wujud tapi perasaan takut menghadapi pandangan masyarakat itu lah yang sebenarnya aku takuti. tapi siapa mereka dalam dunia lakonan ku?

Aku menghilangkan diri
Aku takut
dan aku lari

siapa sebenarnya aku?
aku seringkali menunjukan rupa yang berlainan. bagi aku pandangan masyarakat itu NOTHING tapi pandangan masyarakat lah yang membentuk aku sekarang ini sehinggakan aku menjadi hamba padanya. sebagai contohnya kenapa aku gagal mencari muzik aku sendiri, kenapa aku hanya mendengar muzik yang orang lain perkenalkan kepada ku. aku selalu ingin menjadi lain dari orang lain dan akhirnya aku menjadi hilang identiti. sehingga sekarang aku tak mengenali aku. aku hanya ikut apa yang berlaku. aku dapat 7a aku tak kisah, aku dapat masuk U aku tak kisah, aku dapat masuk law aku tak kisah, aku keluar dari law pun apu tak kisah masuk FSSK pun aku tak kisah, masuk teater aku tak kisah, dan.................sampai bila aku TAK KISAH.

aku nak jadi diri aku.............
tapi aku tak tahu siapa aku
aku hilang
aku takut
dan aku lari

sampai bila harus aku lari
sampai kaki ku tidak mampu bergerak lagi
sampai bila aku lari
sampai aku jumpa diri aku sendiri.

tapi bilakah itu kan berlaku
kerana aku buta dalam dunia ku.
meraba dalam kesepian
sunyi dan kehampaan

bangun.....
bangun.....
bangun...
tidak ada sesiapa akan menyedarkan kau
melain kan diri kau sendiri.

sayangi diri sendiri
pelajari patuhi kehendak diri.
dan berhenti berlari.

Aku rasa aku akan berHENTI
bila aku menJUMPAI
apa yang aku BERANI

p/s jangan pening ......hahaha

1 comment:

Hailey Tereso Francis said...

ksian ko azirin...bah, sekali sekala tu...rehat2lh jap...hehhe!!