iklan

Friday, April 9, 2010

Hidup Aku Mati Aku

Hidup aku malam ini dibawah terang cahaya bulan
Mati aku esok hari
kerana esok belum tentu aku temui
yang pasti kini esok bukan aku lagi

Kehidupan ini penuh benci
Benci yang aku benci
kerana benci itu benci
dan benci itu yang membenci

Ada...
itu yang pasti
tenggelam dalam keluhan malam
siapa yang tahu
menangis di dinihari
siapa yang sedar
entah hidup entah mati
siapa yang kesah
yang pasti
hari ini tak mungkin aku temui
....
lagi

Hidup Aku
Mati Aku
Siapa yang tahu.....
Yang pasti.....
Esok bukan seperti dahulu.....

1 comment:

Hailey Tereso Francis said...

huhuuhu...brsabarlah wahai teman...
sesungguhnya Tuhan itu amat cinta pd orang yg panjang sabarnya dan meletakkan pengharapan kpdNya...