iklan

Saturday, July 11, 2009

CAMPUS LIFE?????


University
suatu ruang masa pembelajaran yang berlaku selapas alam persekolahan matrikulasi or anything else yang sewaktu dengannya. sudah menjadi lumrah manusia seluruh dunia ingin menjejakkan kaki ke universiti sebagai seorang graduan namun tidak semua manusia mempunyai nasib yang serupa. Dr aru sendiri ckp yng all living organism are diffrent. then tidak mustahil ada manusia yang terlepas dari CAMPUS LIFE ini.

sejak aku masuk ke dunia campus ini mcm macam telah berlaku, samaada yang pahit atau yang manis. kadang kadang keadaan itu diluar dugaan terjadi. namun yang paling penting its a time for us to spent until graduation.

so get up and study.......GOOD LUCK until GRADUATION

Monday, July 6, 2009

UKM aku datang

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada UKM yg aku cintai dan UKM yang memberikan aku nilai kedewasaan.
ahh, malas aku nak menyusun ayat, aku ni sebenarnya baru sampai kat ukm ni maka boleh lah aku kembali ke dunia maya aku ni. hahaha

walaupun aku masih bersedih dgn kehilangan kamera kesayangan aku, aku akan tabahkan hati agar ini menjadi pengajaran kepada ku by the way aku ni tak tau lagi class aku bila ni, ni semua pasal hutang tertunggak kat dalam akaun ukm aku ni. tak pe tak pe aku akan tetap berjuang untuk grad dlm tahun depan
k chau.

Saturday, May 9, 2009

Hari Paling Malang

Bodoh, dungun, celaka..........
kenapa aku mesti bangun lewat.....
kenapa
bangun pulak barang tak hantar kat stor lagi.
lepas tu pulak baru perasan kamera aku hilang
jahanam kepada siapa yg mencurinya.....
sialan
kalau aku ada black magic dah lama aku mandrem diaorang
lagi tension bila library problem dan aku terpaksa cari orang lain untuk hantar buku aku.
nasib baik ada insan yang baik hati kat kolej ni tolong aku hantar
tengok jam dah 2ptg
alamak aku terlambat.

bengang mmg bengang dah la
aku sakit perut dari pagi tadi.
sampai kat lcct
aku terlepas flight
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm......
rasa nak menagis
rasa nak bunuh diri.

aku bersumpah aku akan berubah
aku akan jadi manusia yang lebih prihatin...

satu yang pelik pagi tadi macam petanda aku terjumpa tanda masa yang aku lukis masa sekolah dulu. emmmmm.....

Siapa Aku BAIK atau JAHAT

"Siapa aku? BAIK atau JAHAT"

kadang kadang setiap manusia pasti terfikir akan kedudukannya dalam alam ini
keadaan berfikir inilah yang memberikan manusia hala tuju dlam kehidupannya.
kadang kadang apa yang kita buat betul dan kadang kadang apa yang kita buat salah.
lumrah alam, ada betul ada salah, ada baik ada jahat, ada putih ada hitam.
dengan berfikirlah kita menentukan apa yang betul apa yang salah.

tetapi jika jika difikirkan, betul salah, dan baik jahat itu sebenarnya tidak ada. ia diwujudkan bagi menggambarkan sesuatu yang suka atau tidak suka oleh seseorang. sebagi contohnya tidak semestinya yang jahat itu akan terus jahat dan yang baik itu akan terus baik, semuanya terpulang pada pemikiran individu
sbb setiap manusia berlainan pemikirannya, dan tidak akan dapat memahami apa kehendak org lain walau seakrab mana mereka. mereka tetap individu.
oleh itu terpulang kepada kita menentukan apa yang baik dan apa yang buruk untuk kita kerana tiada sesiapa akan memahami.

Thursday, May 7, 2009

tinggal 1 jam 30 minit

tinggal 1 jam setengah lagi exam last aku akan bermula. aku masih lagi menghadap lappy aku sambil membaca note last minute dan tengok video yang ada kat lappy aku ni bila bosan.
emmm........moga moga aku lepas la exam ni.

btw, selamat pulang ke sabah kepada hailey dan aku pula akan kembali ke tanah tumpah darahku sarawak pada 9 may ni. emmm........ nampaknya tak boleh la aku online.

Tuesday, April 14, 2009

Nyepi - bab1 part 2

Bab 1 part 2 - sekeping nota

malam itu hafiz terbaring keseorangan, cuba memejam mata yang masih tidak mahu lena. kadang kadang terlintas dikepalanya akan kehidupan hariannya.

"bosan" getus hatinya. malam itu, hujan turun lagi. memeng sudang dijangka bulan peralihan angin monsoon ini hujan sering kali turun untuk menambahkan kesejukan malam. orang kata masa hujan ini lah paling mudah untuk dibuai lena namun entah mengapa mata hafiz seakan akan sukar selain utuk terlelap.

rintis hujan seakan satu melodi yang menyegarkan mata hafiz. melodi indah yang dibawa bersama dengan dentuman guruh dan kilat umpama alunan rentak sebuah pancaragam.

jam menunjukan pukul 2.30 pagi. hafiz bingkas bagun lalu terus menyarungkan seluar dan terus keluar dari biliknya. kepalanya terasa berdenyut kerana sudah beberapa hari dia tidak dapat tidur.

"mimpi itu, ya semuanya berasal dari mimpi itu." hatinya masih terus memikirkan mimpi pelik yang selalu dialaminya. tambahan lagi suara suara halus yang seakan menghantuinya menyebabkan dia semakin rungsing. dia mengeluarkan syiling yang selalu dikumpulnya bagi memenuhi tabiatnya yang selalu meneguk minuman berkabonat pada awal pagi. dia duduk di bangku di luar kawasan ruang legar kolejnya bagi menenagkan jiwanya yang kacau. sekali sekala dia meneguk air itu. tiba tiba sekilas suara seakan berbisik kepadanya.

"masanya sudah tiba..."

"masanya sudah tiba... "

"hafiz! kau buat apa pagi buta ni." suara seorang lelaki menegurnya.

"oh abg, baut apa kat sini"

"eh, aku tanya dia dia tanya aku pulak." abg idham masih menuntut jawapan dari aku.

"tgh tenagkan kepala ni bang tension sangat sejak kebelakangan ni."

"hafiz, ini ada something org kirim kat kau."

"sapa yang bagi kat abg."

"entahlah, tadi dia cari kau kat bilik kebetulan abg lalu kat situ abg ckp la yg kau tak balik lagi. lepas itu dia suruh bagi benda ini kat kau." kata abg idham sambil menghulurkan sampul itu kepada aku.

"apa dia kata" tanya abg idham ingin tahu.

hafiz terdiam. matanya terbeliak melihat tulisan itu.

"hafiz kau kenapa ini" abg idham terus menghampiriku dan melihat kertas itu.

"masanya sudah tiba...."

bersambung......

Friday, April 10, 2009

NYEPI - bab 1 part 1

bab 1 hujan

kali ini hujan turun lagi
bagai butiran permata yang turun dari langit
memreri khabar gembira buat hidupan di bumi
tapi kenapa tatkala hujan itu turun
turut membawa kepiluan dihati ku
adakah.......

"hafiz, kau buat apa tu. cepat la masuk" sapaan daniel itu mengejutkan hafiz.
namun hafiz masih lagi membisu ashik dengan lembut gemalai angin yang menerpa hujan.

"wei kau apa cerita" sambung daniel lagi sambil menarik hafis kedalam supaya tak terus
dibasahi hujan. walaupin kaki lima itu agak sempit namun masih mampu melindungi dari titisan air hujan yang turun petang itu.

"wei, kau dengar tak aku" sapa daniel lagi. tidak puas hati soalannya tidak dijawab.

"entahlah daniel aku pun tak tahu" jawab hafiz dengan slumber

"budak ni memang nak kena"

"tak da la dann kau sendiri pun tahu kan aku ni mcm mana, tak kan kau tak tahu lagi.
aku bukan pandai buat cerita."

" la mamat ni kesitu pulak, dah meh duduk kat sana, aku dah bosan berjalan je ni." daniel terus menarik hafiz untuk menemaninya duduk di meja study yang tersusun di ruang legar fakulti itu.
hafiz terus mengambil sebuah buku kecil lalu membacanya. sementara itu daniel terus melayari internet dengan komputer riba yang dibawanya. entah mengapa selalunya dia memang agak sukar membawa benda tu.

"Assalamualaikum, boleh join." afiq muncul juga dengan komputer ribanya. agaknya dia sibuk sebagai president persatuannya.

"aa duduk lah,..... kalau tak malu" jawab dann yang sentiasa mesra dangan semua orang.

" ye la dann, macam tu la kawan..." afiq dengan muka merajuk yang tak jadi.

"duduk la, tak kan aku nak umumkan kau duduk pulak." balas daniel. afiq pula terus membuka komputer riba. dia memeng tak sabar menunggu berita politik yang selalu diikutinya.

Meja itu semakin riuh dengan munculnya jerry, fatihah, dan faiz. Namun hafiz masih lagi menggelam dalam dirinya. hujan itu seolah olah melalaikan nya dari perhubung dengan dirinya.
dalam asyiknya memerhati rintis hujan itu tiba tiba sekilas pandangan hafiz terlihat seakan kelibat di bawah rintisan hujan itu.

"Wei, kau termenung ni buat ape" sapaan kalam mengejutkan hafiz.

"tak de, apa apa la kalam."

"kau ni kenapa hafiz lain macam je aku tengok"

"tak da apa apa la, dah pergi baca buku tu." hafiz terus meneruskan bacaannya bersama kalam walaupun hatinya masih lagi teringat akan kejadian tadi.

bersambung......