iklan

Monday, January 25, 2010

..............

Bosan..........?

Tension..............!

Kepala poning.........$

Sakit Gigi ............+ hati *

so ...................boleh bla

???????????????????

Sunday, January 24, 2010

Bicara Hani Tarmizi dan M Samad

Di sebuah cafe bernama Facebook hani sedang membuat sesi luah perasaan dengan kawannya. Di meja sebelah duduk M Samad yang sememangnya seorang yang agak bermulut celupar mendengar perbualan si hani yang sememangnya mempunyai suara lantang bercakap.

Hani : aku benci la, kenapa la perempuan suka menggatal dengan laki aku!!

kawan Hani : sbb laki hg bes (dengan selamba kodok buat lawak kepada hani yang tgh tension dengan lakinya)

hani : bodo. ak rimas, perempuan sarawak ni mmg gatai burit kot.. nak ambik sebijik aku mencarut.. geram wei aku, dengki kot aku kawin dengan laki aku

kawan hani 2 : ckp kat laki hang jangan layan.

Hani : laki aku tak layan, depa dok mai cari aku dok banyak soal kat aku la.

kawan hani : hang layan buat apa depa..buat tatau ja...

kawan hani 2 : mmg ada perempuan macam tu...aku pun pernah jadi .. tapi bukan husband aku la ..bf aku la ...mmg geram gila kot.. as long laki kau tak layan kau bersyukur la.. g mampus la sama perempuan tu..hate bitch.

kawan hani 3 : kau bagi pengajaran sikit kat perempuan tu biar dia sedar diri sikit.

kawan hani 4 : jaga elok2 husband tu, pasal perempuan tu jangan layan kerenah org terhegeh hegeh x tentu pasal.., yg tentu dia dah jadi husband kau..itu lagi penting..

Hani : thanks semua kwn2. tu la perempuan sekarang mmg gatai gedik mcm haram. kalau husband org lagi la dia dok syok mengacau. konon2 stabil ... tp perempuan sarawak kebanyakan nya slut and bitch.. dah la kampung, hutan pulak tu..benci aku....

M Samad yang terdengar kata2 itu terus masuk campur dan menjerit : org sarawak mmg tinggal dalam hutan.. come on hani support u..

dia menjerit lagi : org sarawak mmg suka tinggal dalam hutan ...mmg negeri mundur...


tanpa mereka sedari kesemua mengunjung cafe tersebut merupakan org sarawak yang pada masa itu panas telinga mendengar perbualan dan perbuatan kurang ajar hani dan m samad yang mengutuk negeri mereka...


................................

pengajaran dari cerita ini jangan suka hati sedap mulut je cakap biar ada penapis baru mulut tak busuk sangat....

kepada hani dan m samad hope korang dapat pengajaran dari kutukan org sarawak kepada korang jangan cakap main lepas mulut jer....


satu lagi kepada sesetengah orang semenanjung yang masih lagi tak terbuka...please tolong jaga mulut tu kalau nak kutuk negeri tertentu, kalau marah pun kat mana2 citizen negeri tu jangan benci satu negeri nanti padah akibatnya.....

kami org Sarawak sik tinggal dalam hutan...






Wednesday, January 20, 2010

Serangan bom rosakkan nama Malaysia


Mengulas mengenai isu serangan bom bersekala kecil di gereja sekitar lembah klang dan beberapa tempat lain di sekitar malaysia telah menyebabkan wujudnya ketegangan dikalangan warga malaysia dan menjejaskan imej Malaysia di mata dunia.

Dakwaan menyatakan bahawa serangan terbabit mungkin disebabkan oleh ketegangan mengenai isu penggunaan nama ALLAH bagi orang bukan Islam. Namun begitu tindakan sebegini langsung merosakan nama Islam dan Malaysia itu sendiri.

Oleh itu, saranan saya kepada rakyat malaysia supaya tidak terlalu gopoh mengenakan tindakan sebegini. Hal ini kerana keadaan huru hara menyebabkan rasa kurang selamat oleh orang luar terhadap negara akan menjejaskan ekonomi negara. manakala saranan juga kepada rakyat malaysia supaya tidak berprasangka buruk terhadap kaum dan bangsa lain kerana pihak luar boleh melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan nama baik Malaysia.

berkenaan beberapa isu yang wujud atau diwujudkan, saya berharap agar kita bertindak dulu sebelum berfikir kerana tindakan yang tidak rasional dapat menyebabkan rasa kurang selesa dikalangan kaum di Malaysia.

Sesungguhnya dengan rasa percaya kepada seseorang itu mampu mewujudkan keamanan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Tuesday, January 19, 2010

Satu Malaysia

Salam..

aku bukan nak cakap pasal 1 malaysia ni
or
nak memprovok isu perkauman di malysia ni tapi aku cuma terjumpa gambar ni..


perkara pertama yang korang fikir pasal gambar ini apa?

aku bukan nya apa saje nak mengingatkan sesetengah orang yang masih lagi tidak merasa east malaysia and west malaysia are not Malaysia. kebanyakan mereka perpendapat bahawa Malaysia adalah semenanjung dan Sabah dan Sarawak adalah entiti lain. eeemmm

saje je, walaupun hari ni bukan 16 sept dan bulan kemerdekaan masih jauh saje je nak tulis benda ni..hahaha

btw aku kami rakyat sabah dan sarawak sekarang ini bergembira dengan tercapainya hajat untuk memperingati 16 sept sebagai Hari Malaysia..

harap dengan teriktirafnya Hari Malaysia sebagai hari cuti negara rakyat malaysia akan memperingati why we are call MALAYSIAN not MALAYAN(agak racist...sorry)

P/s post ni bukan nak mewujudkan perbalahan antara semenajung dan east malaysia ek. cuma nak mengigatkan kita tentang apa itu MALAYSIA

Friday, January 15, 2010

Aku Superman ?

Aku Superman


haha kontroversi punya title...
sebenarnya aku cuma nak cakap yang aku rasa penat sangat hari ni
letih sangat..

then teringat pulak pasal gerhana matahari yang berlaku hari ni...
so secara kesimpulan yg aku buat

perkara 1 : aku lemah hari ini

perkara 2 : superman lemah bila gerhana

perkara 3 : hari ini gerhana

kesimpulan : Aku adalah superman

hahahaha

Thursday, January 14, 2010

manusia semua sama....

mcm marah je bunyi nyer... sebenarnya tak marah pun cuma sedikit terkilan dengan sikap masyarakat sekarang yang selalu pandang serong kat org lain (aku pun kadang kadang buat juga benda ni).

Sebangai seorang manusia kita kena la tau menerima org lain seadanya melainkan dia sememangnya perangai mcm hanjing.... hahaha (mencarut sekejap)

tp yang sebenarnya yang ini aku cakap kat sini "everyone deserve to be treat like a human being" (klu salah grammar ke vocab ke ckp ek aku bukan pandai ckp inggeris ni try je). ye lah kan seteruk teruk org pun pun masih manusia. mereka punya hati dan perasaan. walaupun kita tahu benda yg org buat itu salah cuba la bimbing dgn baik bukan hina terus. man tidak org mcm tu makin terjerumus.

aku mmg kerkilan dengan org mcm ini. "org yang anggap diri dia org bagus dan org lain jahat."
contoh paling ketara org bertudung memaki hamun perempuan freehair. tindakan mereka sebenarnya agak kasar dan menyebabkan budak freehair ni makin tak ingin bertudung. kan lebih elok dan sopan kita bimbing dia org dgn perlahan-lahan until them menerimanya.

satu lagi contoh paling ketara...menghina pondan dan lelaki lembut.
mereka ni merupakan manusia yang perlukan bimbingan bukan hinaan dan makian. mereka pun manusia jugak. kita tak boleh diskriminasi mereka. tp kalau betul kita tak suka mengapa kita tak usaha nak ubah mereka dengan cara yang membolehkan mereka berubah. bukannya kita halang mereka buat tu buat ini. nanti dia akan mencari perkara yg lain untuk dibuat dan mungkin benda tu lebih teruk.

ok lah, dah panjang akau mencarut ni, kesimpulanya kita tidak seharusnya menghina org lain atas kekurangannya krn kita juga bukan manusia yang sempurna....

"org yg menghina org lain sebenarnya menghina diri dia sendiri"

sama-sama lah kita menjadi org yg lebih baik...

Friday, January 8, 2010

TERSIKSA AKU MELIHATNYA

aku tak tau la sejak kebelakangan ni rasa mcm ada sesuatu dlam hati...
tapi kenapa harus sekarang bukan dulu masa masih dapat bersama
gila aku dibuatnya...
setiap kali melihat dia rasa seperti luruh jantung
ingin dicapai
namun dia sudah terlalu jauh
jauh untuk digapai kembali

Aaarrrhhhhh....
benci kenapa bukan dulu aku merasanya...
kalau aku sedar akan aku genggam tak lepaskan...

Amarah, tamgis dan gembira aku
mana satu
haruskah ku biarkannya pergi....

Wednesday, January 6, 2010

Blurr Blurr Blurr......WAKE UP

Tak tau nak ckp apa, sejak masuk U ni mcm2 yg mengubah aku tapi aku tetap mcm dulu tak berubah, malah lebih teruk....

Aku selalu ckp pd aku sendiri ....percaya diri, jangan lari dari masalah, jangan malas
Tapi yang aku buat sebalik nya...(bodoh kan)

kadang kadang aku cemburu dengan org lain sekitar aku....
kadang kadang aku malu dgn org lain
kadang kadang aku rasa labih baik mati je dari hidup menyusahkan org....

Tapi

perlu ke aku cemburu dan cemburu
perlu ke aku malu dan malu
perlu ke aku mati dan tinggalkan janji kpd ALLAH S.W.T yg aku akan terus hidup di bumi...

DAN

aku terhenti

aku dengar "mungkin kita tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi yang lebih baik"

aku baca " kalau nak jadi yang terbaik kena jadi baik dulu"

aku lihat " orang ingat kita bila kita ingat orang"

SO

Hidup ini mmg p***t
Tapi esok kan masih ada

dan esok itu tak akan ada jika
kita tak bangun sekarang...