iklan

Wednesday, January 20, 2010

Serangan bom rosakkan nama Malaysia


Mengulas mengenai isu serangan bom bersekala kecil di gereja sekitar lembah klang dan beberapa tempat lain di sekitar malaysia telah menyebabkan wujudnya ketegangan dikalangan warga malaysia dan menjejaskan imej Malaysia di mata dunia.

Dakwaan menyatakan bahawa serangan terbabit mungkin disebabkan oleh ketegangan mengenai isu penggunaan nama ALLAH bagi orang bukan Islam. Namun begitu tindakan sebegini langsung merosakan nama Islam dan Malaysia itu sendiri.

Oleh itu, saranan saya kepada rakyat malaysia supaya tidak terlalu gopoh mengenakan tindakan sebegini. Hal ini kerana keadaan huru hara menyebabkan rasa kurang selamat oleh orang luar terhadap negara akan menjejaskan ekonomi negara. manakala saranan juga kepada rakyat malaysia supaya tidak berprasangka buruk terhadap kaum dan bangsa lain kerana pihak luar boleh melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan nama baik Malaysia.

berkenaan beberapa isu yang wujud atau diwujudkan, saya berharap agar kita bertindak dulu sebelum berfikir kerana tindakan yang tidak rasional dapat menyebabkan rasa kurang selesa dikalangan kaum di Malaysia.

Sesungguhnya dengan rasa percaya kepada seseorang itu mampu mewujudkan keamanan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

1 comment:

ashraf said...

orang islam yang hanya pada nama saja yang akan berkelakuan sebegitu. tanpa berfikir panjang dan tanpa menggunakan akal~