iklan

Thursday, January 14, 2010

manusia semua sama....

mcm marah je bunyi nyer... sebenarnya tak marah pun cuma sedikit terkilan dengan sikap masyarakat sekarang yang selalu pandang serong kat org lain (aku pun kadang kadang buat juga benda ni).

Sebangai seorang manusia kita kena la tau menerima org lain seadanya melainkan dia sememangnya perangai mcm hanjing.... hahaha (mencarut sekejap)

tp yang sebenarnya yang ini aku cakap kat sini "everyone deserve to be treat like a human being" (klu salah grammar ke vocab ke ckp ek aku bukan pandai ckp inggeris ni try je). ye lah kan seteruk teruk org pun pun masih manusia. mereka punya hati dan perasaan. walaupun kita tahu benda yg org buat itu salah cuba la bimbing dgn baik bukan hina terus. man tidak org mcm tu makin terjerumus.

aku mmg kerkilan dengan org mcm ini. "org yang anggap diri dia org bagus dan org lain jahat."
contoh paling ketara org bertudung memaki hamun perempuan freehair. tindakan mereka sebenarnya agak kasar dan menyebabkan budak freehair ni makin tak ingin bertudung. kan lebih elok dan sopan kita bimbing dia org dgn perlahan-lahan until them menerimanya.

satu lagi contoh paling ketara...menghina pondan dan lelaki lembut.
mereka ni merupakan manusia yang perlukan bimbingan bukan hinaan dan makian. mereka pun manusia jugak. kita tak boleh diskriminasi mereka. tp kalau betul kita tak suka mengapa kita tak usaha nak ubah mereka dengan cara yang membolehkan mereka berubah. bukannya kita halang mereka buat tu buat ini. nanti dia akan mencari perkara yg lain untuk dibuat dan mungkin benda tu lebih teruk.

ok lah, dah panjang akau mencarut ni, kesimpulanya kita tidak seharusnya menghina org lain atas kekurangannya krn kita juga bukan manusia yang sempurna....

"org yg menghina org lain sebenarnya menghina diri dia sendiri"

sama-sama lah kita menjadi org yg lebih baik...

2 comments:

widda_me said...

jom memondan mlm ni???

*sy suka pondan*tiba2

Haelius...Hailey...Hai Li... said...

bt0l tu zirin...
some people love to condemn and like to find negative sides of other, when they realised that they themselves aren't that perfect...